Bicara Hati Si Putera Duyong

CITY KALAH UNITED RAMPAS TAKHTA LIGA

city kalah united rampas takhta liga

SWANSEA 1-0 MANCHESTER CITY

CITY KALAH UNITED RAMPAS TAKHTA LIGA

city kalah united rampas takhta liga
akhirnya takhta liga terlepas juga
ke tangan pasukan dari kejiranan
kasihan melihat gelagat si mancini
bagaikan duduk tiada langsung senangnya
bagaikan berdiri tiada langsung tegaknya
bagaikan ada yang membara di dalam
yang membakar tiada terluahkan lagi
jelas sekali di pandangan matanya
tergambar seribu macam kedukaan
walaupun senyum pahit diperlihatkan
tatkala melihat anak buahnya tewas
manchester city tewas kepada swansea
yang pada kita cuma pasukan kerdil
namun itulah hakikat permainan
ada kalah dan ada menangnya
city kalah united rampas takhta liga
lihatlah wajah sugul tiada ceria
di wajah penyokong setia city
ada juga titisan airmata terlihat
namun segalanya sudah tersurat
termalah hakikat penuh pahit
manchester city tewas kepada swansea
di sebalik ketewasan city itu
old trafford bergema kegirangan
meraikan kemenangan ke atas west brom
meraikan kejayaan merampas takhta
yang sudah sekian lama diidamkan
yang sudah sekian lama jadi buruan
sejak dari awal musim lagi
riang sekali manchester united
ceria sekali sir alex ferguson
city kalah united rampas takhta liga

CITY KALAH UNITED RAMPAS TAKHTA LIGA
Swansea 1-0 Manchester City

Skuad kendalian Roberto Mancini iaitu Manchester City tewas dalam saingan liga BPL kepada Swansea 0-1 di Stadium Liberty. Kedua-dua pasukan saling serang menyerang sejak dari awal wisel permulaan ditiup. City kerap mengatur serangan ke atas kubu Swansea namun tidak berjaya menghasilkan gol. Barisan pertahanan Swansea ternyata cukup kental bagi menghadapi jentera serangan City. Segala gerakan yang diatur oleh Balotelli, Toure, Aguero dan Nasri senang dipatahkan oleh kubu pertahanan Swansea.

Swansea berjaya memperolehi sepakan penalti apabila Wayne Routledge dijatuhkan oleh Joe Hart di hadapan gol city pada minit ke-5. Scott Sinclair mengambil sepakan penalti tersebut namun tendangannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol terbilang City iaitu Joe hart. Permainan pada separuh masa pertama berkesudahan seri 0-0.

Babak separuh masa kedua ternyata penuh dengan gerakan hebat dari kedua belah pihak namun masih juga kebuntuan gol. Perlawanan di Stadium Liberty itu nampak seakan bakal berkesudahan dengan seri. Namun segalanya musnah bagi Manchester City apabila Luke Moore berjaya melakukan tandukan menewaskan Joe Hart hasil hantaran lintang Wayne Routledge pada minit ke-82. Perlawanan berkesudahan dengan Swansea 1-0 Manchester City. Dengan keputusan itu Manchester United melonjak ke atas takhta liga BPL.

CITY KALAH UNITED RAMPAS TAKHTA LIGA
sumber : premierleague

Post By puteraduyong (2,740 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment