Bicara Hati Si Putera Duyong

HARIMAU MUDA TERLUKA LAGI

harimau muda terluka lagi

HARIMAU MUDA VS SYRIA

HARIMAU MUDA TERLUKA LAGI

harimau muda terluka lagi
luka yang semakin parah
tiada mampu melawan kudrat
kudrat gagah singa syria
namun berbekal semangat harimau
masih juga bertahan teguh
walaupun diserang bertalu
benteng pertahanan dirempuh
kuasa harimau seakan terkaku
ternyata taringnya bergoyang
kukunya tidak lagi tajam
berdepan musuh hebat hadirnya
di gelanggang milik lawan
harimau muda terluka lagi
ternyata masih perlukan asuhan
ternyata masih perlukan asahan
ternyata masih perlukan sokongan
ternyata masih perlukan pengalaman
ternyata masih perlukan kuasa
kuasa peledak segala musuh
walaupun kini mereka terluka
namun tidak mungkin terluka selamanya
harus segera cari penawar ampuh
buat mengubat luka parah itu
agar nanti tidak lagi terluka
dan bisa mengaum semula
sekuat hati mereka …

HARIMAU MUDA TERLUKA LAGI
Malaysia Gagal Peroleh Mata Tunduk Kepada Syria 0-3

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda mengakhiri kempen kelayakan Olimpik zon Asia tanpa sebarang mata apabila kalah 0-3 kepada Syria pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Antarabangsa Raja Abdullah, Amman, Jordan, malam Rabu. Skuad Olimpik negara bimbingan Ong Kim Swee berjaya mengekang pergerakan pemain Syria pada separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan sebelum pasukan lawan bangkit pada babak kedua untuk menghancurkan hasrat negara meraih mata sulung.

Penyerang Syria, Mardek Mardkian, membuka tirai jaringan pada minit ke-48 apabila rembatan kencangnya dari luar kotak penalti gagal ditampan oleh penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan. Dalam kekalutan menjaga gawang daripada terus dibolosi, pemain pertahanan Mohamad Fadhli Mohd Shas telah dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas dikatakan mengasari pemain lawan pada minit ke-55.

Tiga belas minit selepas insiden itu (kad merah), Mardek menggunakan kesempatan di atas kerapuhan benteng pertahanan Malaysia dengan gol keduanya. Malaysia, yang bermain dengan 10 pemain, terus diasak barisan penyerang Syria dan pada minit ke-80 Mardek melorongkan bola kepada Omar Al Suma untuk melabuhkan tirai jaringan. Pada pertemuan di Stadium Bukit Jalil, 23 Nov lalu, Syria mengalahkan Malaysia 2-0. Malaysia, yang diundi bersama Jepun, Syria dan Bahrain dalam Kumpulan C, menamatkan saingan di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

HARIMAU MUDA TERLUKA LAGI
sumber : mstar

Post By puteraduyong (2,749 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment