Bicara Hati Si Putera Duyong

ISU PASIR DI SELANGOR

isu pasir di selangor

PASIR OH PASIR

ISU PASIR DI SELANGOR

isu pasir di selangor
bukan isu serba baru
ini isu sudah berkurun
sudah lapuk dikata orang
sudah lama jadi bualan
sudah bertahun bikin perbalahan
itu sumber kurniaan alam
yang terdampar di dasar sungai
jika dikawal sebaiknya
pasti tiada lagi pertikaian
jika diselenggara sebaiknya
pasti datangkan keuntungan
keuntungan pada pemodenan
keburukan pada alam sekitar
jika berleluasa tanpa sempadan
segenap hulu mahu dikorek
segenap muara mahu dirobek
air bah pasti melimpah
banjir pasti menjelma sudah
isu pasir di selangor
selesaikan dengan sebaiknya
kamu semua si bijak pandai
bertindaklah sebijaknya
insyaallah…

ISU PASIR DI SELANGOR
Isu Pasir Di Selangor Semakin Hura-Hara

SHAH ALAM: Kecurian pasir di Selangor dijangka terus berleluasa kerana pembekal tunggal yang dilesenkan sukar untuk memenuhi permintaan industri pembinaan yang telah membeli daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan tetapi dengan harga yang lebih murah. Pelombong haram, yang menceroboh tanah kerajaan, dipercayai menjual dari RM14 hingga RM15 untuk satu tan pasir, berbanding dengan RM17.50 hingga RM20 yang dikenakan oleh syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Ketika terbabit dengan “perang yang tidak diisytiharkan” dengan operator haram, Semesta juga terlibat dalam persaingan sengit syarikat di bawah kawalan kerajaan yang tersenarai di bursa saham, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad.

Semesta, yang ditubuhkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2008, mencatatkan keuntungan RM7 juta dalam masa satu tahun sahaja, tetapi sumber menyatakan bahawa jumlah ini adalah perbelanjaan KHSB. Pegawai KHSB yang berang dengan perkara ini memberitahu The Star mereka perlu menerima kira-kira RM630,000 dari Semesta untuk melombong pasir di tapak seluas di Dengkil sedangkan mereka patut menerima sebanyak RM2.6 juta. Sumber ini berkata KHSB telah dipaksa memberi kelulusan kepada Semesta untuk mengekstrak pasir dari tapak kepunyaan mereka pada kadar RM4.50 untuk satu tan pasir.

“KHSB ialah syarikat yang tersenarai di bursa awam walaupun kerajaan negeri mengawalnya. Ini sudah tentu tidak baik untuk kepentingan rakyat,” kata penganalisis industri. KHSB adalah harta milik Kumpulan Darul Ehsan Bhd, syarikat pelaburan milik Kerajaan Selangor. Menurut sumber, kadar ‘pilih kasih’ yang ditetapkan dan penyalahgunaan kuasa perlu diletakkan di bawah tanggungjawab Khalid kerana Semesta ditubuhkan oleh beliau.

ISU PASIR DI SELANGOR
sumber : mstar

Post By puteraduyong (2,745 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment