Bicara Hati Si Putera Duyong

March 2, 2012

KEMELUT KEDAH DAN PAS

by puteraduyong — Categories: KEHIDUPAN — Tags: Leave a comment
kemelut kedah dan pas

DATUK SERI AZIZAN ABDUL RAZAK

KEMELUT KEDAH DAN PAS

kemelut kedah dan pas
bila agaknya mahu selesai
harus selesaikan segera
agar tidak bernanah di dalam
agar tidak memburuk berdarah
kerahkan segala akal fikiran
kerahkan segala bicara hati
carilah jalan terbaik hasil
bermuafakat membuahkan berkat
pasti hasilnya terhebat
kemelut kedah dan pas
mata-mata itu sedang memerhati
mata-mata itu sedang menanti
mata-mata rakyat jelata
mata-mata semua media
mata-mata bundar buntang
tunggu masa kecundang
tunggu rebah semua
sila jaga-jaga…

KEMELUT KEDAH DAN PAS
Kemelut Kedah: PAS Pusat Gagal Capai Kata Putus

KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hampir empat jam gagal mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut yang melanda pentadbiran PAS Kedah. Sehubungan itu satu lagi mesyuarat khas yang akan dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal diadakan di Alor Setar pada Sabtu ini. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kepimpinan tertinggi PAS akan bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi bagi menyelesaikan kemelut yang semakin berlarutan itu.

“Kami akan mengadakan perjumpaan mahabbah di antara kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar dan Datuk Phahrolrazi untuk kita selesaikan maslah ini. “Kita bersetuju supaya apa pun perkara yang perlu diselesaikan, insyaAllah kita akan bincangkan pada hari Sabtu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini, Jumaat. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Kemelut politik pentadbiran Kerajaan PAS Kedah bermula apabila dua exco, Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh enggan dilantik semula ke jawatan berkenaan.

Phahrolrazi yang mengakui hubungan dengan Azizan berada pada tahap kritikal telah meletakkan syarat jika Menteri Besar Kedah itu berhasrat melantik beliau semula. Malah tekanan terus diberikan kepada Azizan apabila PAS Kawasan Kuala Kedah mendesak Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Datuk Amiruddin Hamzah yang baru dilantik semula pada Selasa lalu supaya melepaskan jawatan exco sebagai sokongan kepada Phahrolrazi sebagai Yang Dipertua PAS kawasan itu. Amiruddin adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah.

KEMELUT KEDAH DAN PAS
sumber : mstar

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
© 2012 Bicara Hati Si Putera Duyong All rights reserved - Wallow theme v0.46.5 by ([][]) TwoBeers - Powered by WordPress - Have fun!