Bicara Hati Si Putera Duyong

March 1, 2012

SURAT DR MAHATHIR

by puteraduyong — Categories: KEHIDUPAN — Tags: Leave a comment
surat dr mahathir

TUN DR MAHATHIR MOHAMED

SURAT DR MAHATHIR

surat dr mahathir
sibuk sekali diperkatakan
pasal surat kiriman beliau
surat itu bukan surat cinta
bukan juga surat belaian jiwa
namun itu sebuah warkah khas
yang isinya sebuah pendirian
yang isinya sebuah kekuatan
yang isinya sebuah keazaman
yang isinya sebuah pengorbanan
yang isinya sebuah kemanusiaan
yang isinya sebuah keinsanan
yang isinya sebuah pendidikan
yang isinya jelas pandangan
surat dr mahathir
kiriman surat itu bukan suka-suka
kiriman surat itu bukan sia-sia
isinya bukan hanya berlalu di angin
isinya bukan hasil omongan kosong
sila terjah isi kandungan
sila teliti apa natijah
sila fahami apa tersirat
disebalik yang tersurat itu
pasti ada suatu nilai di situ
surat itu bukan tercipta untuk nama
surat itu bukan tercipta untuk dijulang
surat itu bukan tercipta untuk ditentang
surat itu bukan tercipta untuk menentang
surat itu hanya sebuah pandangan jauh
yang ternyata hasil cerdik fikir
seorang insan yang semakin tua
surat dr mahathir
walaupun tua pada usia
namun disebalik angka usia itu
hasil fikirnya tidak terluntur
masih membuahkan kata lentur
masih menjuruskan arah bertempur
masih bernas penuh isinya

SURAT DR MAHATHIR
Surat Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu

KUALA LUMPUR: Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar kepada Bernama di sini, Rabu. Berikut adalah ringkasan surat tersebut.

PERDANA MENTERI MALAYSIA
14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga. Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.

Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab. Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini.

Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.

Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

SURAT DR MAHATHIR
sumber : mstar

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
© 2012 Bicara Hati Si Putera Duyong All rights reserved - Wallow theme v0.46.5 by ([][]) TwoBeers - Powered by WordPress - Have fun!