Bicara Hati Si Putera Duyong

FASHA SANDHA SAH BERGELAR ISTERI JEJAI

fasha sandha sah bergelar isteri jejai

JEJAI & FASHA SANDHA

FASHA SANDHA SAH BERGELAR ISTERI JEJAI

fasha sandha sah bergelar isteri jejai
sudah halal segala hubungan mereka
tiada lagi siapa harus persoal
tiada lagi mereka semua persoal
apa hubungan disebalik hadir mereka
akhirnya kedua sah sebagai suami isteri
melayar bahtera hidup rumahtangga
yang diharap bisa terus kekal
sehingga keduanya menutup mata
fasha sandha sah bergelar isteri jejai
setelah segala macam kerenah
setelah segala macam musibah
setelah segala macam ranjau duri
mencucuk merenggut suatu perhubungan
ternyata mereka berjaya akhirnya
membuang segala onak bisa
meredah segala ombak melanda
akhirnya termeterai sudah
akad dan lafaz sudah terucap
sah akhirnya mereka berdua
bergelar suami dan isteri
mengikut sunnah ajaran nabi
fasha sandha sah bergelar isteri jejai
hubungan ini sudah mendapat restu
dari kedua orang tua tercinta
itulah asas mula suatu hubungan
restu orang tua itu perlu
kerna mereka tahu segalanya
mereka punya rasa hati
mereka punya mata hati
bisa menilai mana baik buruk
bisa menelah mana tidak kena
percayalah pada orang tuamu
bahagia ada bersamanya
syurga juga ada bersamanya
fasha sandha sah bergelar isteri jejai
semoga sinar warna kebahagiaan
sentiasa menjadi milik mereka berdua
insyaallah…

FASHA SANDHA SAH BERGELAR ISTERI JEJAI
Fasha Sah Bergelar Isteri Jejai

KUALA LUMPUR: Aktres sensasi Nur Fasha Sandha Hassan, 28, sah bergelar isteri kepada usahawan Rizal Ashram Ramli (Jejai), 36, dengan dua kali lafaz pada majlis pernikahan di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini, malam Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa kandung yang juga wali Fasha iaitu Hassan Umbichi Moideen kira-kira pada pukul 9.45 malam bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad.

Pasangan ini sentiasa dilanda kontroversi dan akhirnya mereka berjaya mengatasi segala masalah yang melanda hubungan mereka berdua. Akhirnya tibalah akhirnya detik yang sentiasa menjadi impian mereka untuk disatukan sebagai suami dan isteri. Harapan semua semoga mereka berdua sentiasa hidup aman damai dan berkekalan sehingga ke anak cucu.

FASHA SANDHA SAH BERGELAR ISTERI JEJAI
sumber : mstar

Post By puteraduyong (2,740 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment