JOE FLIZZOW ANGGAP ILA DAMIA ADIK
joe flizzow anggap ila damia adik
tidak lebih dari itu
ia hanya sebuah hubungan
sememangnya ia istimewa
namun bukan sebagai kekasih
ia suatu hubungan hati
yang semua kita punyai
bila hati mula menyukai
apa sahaja bisakan terjadi
bak kata pepatah lama
nukilan khas si orang lama
menyukai tak semestinya mengasihi
mengasihi tak semestinya menyayangi
menyayangi tak semestinya menyintai
menyintai tak semestinya kekal abadi
joe flizzow anggap ila damia adik
siapa sahaja boleh jadi adik
baik sang empunyai diri itu lelaki
atau juga si gadis manis
atau juga si anak kecil
langsung tiada batas
hubungan insan sesama insan
harus kita semua bina
Joe Flizzow Hanya Anggap Ila Damia Seperti Adik
KUALA LUMPUR: Penyanyi hip hop, Joe Flizzow menegaskan hubungan akrabnya dengan penyanyi bertudung Ila Damia belum sampai ke tahap bercinta sebaliknya menganggap hubungan itu seperti seorang abang dan juga adik. Joe yang ditemui pada pelancaran pertandingan realiti Showdown di KL Life di sini, Khamis, berkata, kedua-dua mereka mula akrab selepas Ila menjadi protegenya dalam program Mentor dua tahun lalu. “Kami tak mungkin menjadi pasangan kekasih kerana hubungan itu sudah seperti abang dan adik.
“Walaupun ada yang bercakap-cakap tentang keakraban kami, saya lebih senang tidak bersuara supaya hal ini tidak meleret untuk dijadikan isu. Lagipun kami selesa bekerjasama dalam hal-hal muzik,” katanya. Tambah Joe, walaupun kenyataannya itu dianggap klise oleh segelintir pihak, dia tidak kisah tentang hal tersebut namun berjanji tidak akan menyimpan apa-apa rahsia sekiranya memiliki teman wanita. Dalam pada itu, ditanya bilakah dia bakal menamatkan zaman bujang seperti rakan seperjuangannya, Malique (Too Phat) Joe mengakui belum bersedia untuk bergelar suami pada masa terdekat ini.
Joe memberitahu dia menanam impian mahu membina keluarga bahagia seperti romantiknya hubungan ibu dan ayahnya sejak mereka mula berkahwin sehingga kini. “Sepanjang saya membesar, belum pernah lagi saya melihat ibu dan ayah meninggikan suara sesama sendiri. “Dan mereka merupakan ibu bapa yang terbaik untuk saya. Saya juga inginkan begitu,” tuturnya
JOE FLIZZOW ANGGAP ILA DAMIA ADIK
sumber : mstar










