ZAHIDA RAFIK TIDAK STRES
zahida rafik tidak stres
itulah kata luahan di bibir
yang terucap semudah bicara
namun kata hatinya tiada kita tahu
hanya si pemilik hati yang tahu
apakah stresnya sebesar gunung
apakah stresnya seberat batu
pasti kita takkan tahu
itulah uniknya sifat manusia
yang diciptakan oleh sang pencipta
punya sifat punya rasa
yang terkadang bikin termanggu
yang terkadang bikin pusing
zahida rafik tidak stres
shafie apdal tidak stres
siapa agaknya yang stres
pasti mereka dia dan kamu
yang suka mencucuk
yang suka menangguk
yang suka-suka
bikin panas…
Zahida Tidak Stres Dengan Tuduhan Terima Wang RM1.5 Juta
PETALING JAYA: Kontroversi tuduhan menerima wang RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal sedikit pun tidak mendatangkan stres kepada Zahida Rafik. Pelakon itu berkata demikian ketika berkomunikasi dengan pengikut laman sosial Twitter miliknya pada Selasa malam. “Terima kasih sayang. Tak stres pun. Akak cool,” katanya dalam entri kira-kira pukul 8.33 malam Selasa yang dikirim menerusi telefon Blackberry miliknya.
Dia juga turut mengatakan dirinya kuat untuk menempuh tuduhan yang melanda dan meminta peminat mendoakan kesejahteraannya. Kebanyakan pengikut Twiter pelakon itu pada Selasa menghantar pesanan kepada Zahida untuk memberi kata-kata semangat dan perangsang. Bagaimanapun terdapat satu pesanan kiriman Miss Lola pada pukul 10.46 pagi Selasa menempelak Zahida dengan mendakwa apa yang berlaku itu adalah balasan Tuhan terhadap perbuatannya.
Bagi persoalan tersebut Zahida hanya ketawa dengan jawapan yang ringkas dan padat.
Sebuah portal dalam talian pada 18 April lalu melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan. Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media. Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
zahida rafik tidak stres
sumber : mstar










