ZAHIDA VS ZURAIDA
zahida vs zuraida
pertarungan apa agaknya
pertarungan tegakkan kebenaran
kebenaran apa pula agaknya
kebenaran atas ketidakbenaran
ketidakbenaran cerita yang tersebar
ketidakbenaran cakap orang banyak
ketidakbenaran segala kisah nesta
ketidakbenaran mulut tempayan
yang tercanang di seantero negara
sudah tercoreng arang merata
mahu segera diputihkan kembali
zahida vs zuraida
moga terjumpa jalan penyelesaian
di mahkamah ciptaan manusia
selesaikan penuh kebaikan
agar kamu tidak berjumpa
di mahkamah akhirat nanti
pasti tak terlepas lagi
siapa yang benar agaknya
siapa yang salah agaknya
hanya tuhan yang tahu
ZAHIDA VS ZURAIDA
Ahli Parlimen Ampang Sudah Terima Surat Saman Zahida
PETALING JAYA: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Surat yang dihantar melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April 2012 itu antara lain menuntut Zuraida yang juga Ketua Wanita Keadilan berhenti membuat kenyataan media, menarik balik kenyataan terdahulu serta memohon maaf dalam masa tujuh hari.
“Kita tak sebodoh untuk keluarkan kenyataan tanpa bukti dan biar orang saman kita. Kita tunggu dalam masa terdekat. “Kita akan bawa hal ini ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Di sana akan menyaksikan lebih banyak rahsia terbongkar,” katanya mengesahkan penerimaan surat saman itu seperti dilaporkan portal katanya seperti dilaporkan portal Laman KL-Today.
Laporan itu juga menyebut Zuraida tidak gentar dengan saman berkenaan kerana pihaknya mempunyai bukti bagi setiap tuduhan yang dibangkitkan. Zuraida sebelum ini mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa seorang pemandu pelakon tersebut iaitu Noor Azman Azemi membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Mohd Shafie.
Sementara itu kebanyakan akhbar pada Khamis melaporkan Zahida menafikan telah berkahwin dengan Mohd Shafie dan menganggap tuduhan itu adalah fitnah semata-mata. Dia juga menegaskan bahawa sehingga kini dirinya masih solo dan tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki termasuklah dengan menteri berkenaan. “Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.
ZAHIDA VS ZURAIDA
sumber : mstar










