ZIZAN RAJA LAWAK MASUK HOSPITAL
zizan raja lawak masuk hospital
semua itu ketentuan tuhan
ajal maut sihat sakit tua muda
semuanya hanya tuhan maha tahu
kerana itulah ada peringatan
supaya tidak terus melupakan
supaya tidak terus di awangan
hingga lupa apa erti hidup
hingga lupa apa tujuan hidup
hingga lupa apa tanggungjawab
zizan raja lawak masuk hospital
bukan sahaja si zizan raja lawak
jika sakit pasti si tuan doktor dicari
sudah pasti si penjual ubat dicari
itukan sudah lumrah biasa
buat si zizan raja lawak
semoga cepat kamu sembuh
percayalah tuhan masih sayangkan kamu
kerana itulah kamu diberi peringatan
jadi ingatilah DIA sentiasa
dalam apa jua kerjamu
insyaallah…
ZIZAN RAJA LAWAK MASUK HOSPITAL
Zizan (Raja Lawak) Dimasukkan Ke Hospital Akibat Keradangan Otot
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 29 April akibat keradangan otot. Menurut pengurusnya, Marina Juki, ketika kejadian, Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh, Perak bagi menjayakan siaran langsung program Melodi bersempena Karnival Jom Heboh di negeri tersebut. “Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. “Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘Acute Myositis’ atau lebih dikenali dengan keradangan otot.
“Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil,” ujarnya. Dalam pada itu, Marina berkata, doktor telah menasihatkan supaya Zizan berehat selama dua minggu sebelum kembali bekerja. “Sepanjang tempoh itu juga, semua aktiviti seninya akan dihentikan buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih,” katanya. Sementara itu, Marina berkata, Zizan menyampaikan salam terima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan Zizan di Twitter dan Facebook yang mendoakan kesejahteraannya.
“Dia berjanji akan kembali pulih dan amat terharu dengan sokongan para peminatnya,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan akan berehat sebelum menghabiskan baki penggambaran yang tinggal tujuh atau 10 hari lagi. Manakala, keputusan untuk terlibat dalam program Super Spontan hanya akan diketahui selepas menerima laporan sepenuhnya dari pihak hospital.
ZIZAN RAJA LAWAK MASUK HOSPITAL
sumber : mstar











DoseFire May 1, 2012 at 12:23 am
Kesian Zizan,harap-harap dia cepat sembuh..nasib baik radang otot je.Aku salu je kene radang otot ni.Tak lambat pun kalau nk tgu sembuh
Ipin June 2, 2012 at 6:06 pm
Kesian.sye hrap awak pnjang umur& murah rezeki.Saye doa kan awak bhagia.
puteraduyong June 7, 2012 at 4:22 pm
semoga beliau sihat sejahtera hendaknya… amin..