ASTRO GAGAL SIAR PERNIKAHAN AWAL DAN SCHA
astro gagal siar pernikahan awal dan scha
walaupun semua sudah menunggu
untuk lihat di kaca televisyen
bagaimana mereka bernikah
namun sedikit kehampaan tergambar
bila ia gagal disiarkan
hanya siaran tergendala
majlisnya tetap berjalan jua
tiada masalah awal lafazkan akad
ijab kabul tanda ikatan suami isteri
astro gagal siar pernikahan awal dan scha
biarpun gagal disiarkan secara langsung
namun tetap juga disiarkan
biarpun cuma lewat sehari
pasti tiada masalah
janji tetap janji
astro pasti tunaikan
benda baik…
ASTRO GAGAL SIAR PERNIKAHAN AWAL DAN SCHA
Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha
PETALING JAYA: Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan secara langsung pernikahan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, pada Jumaat. Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar gangguan kepada siaran langsung tersebut yang sepatutnya disiarkan selama setengah jam bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.
“Saya mewakili pihak Astro Ria dan Astro amat kesal dan memohon maaf kepada semua penonton atas gangguan siaran langsung majlis pernikahan Scha dan Awal pada malam tadi (malam Jumaat). “Ia adalah kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini kami masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar masalah itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu. Katanya, pada awal siaran tiada sebarang gangguan berlaku ketika saluran itu menyiarkan siaran langsung persiapan majlis itu sepanjang hari sebelum majlis akad nikah berlangsung. Justeru, apabila terdapat gangguan yang merencatkan siaran langsung majlis pernikahan pada sebelah malam, ia adalah sesuatu yang tidak disengajakan.
“Kami tidak menghadapi gangguan ketika menyiarkan cebisan persiapan sebelum majlis pernikahan itu berlangsung. Tidak sangka pula berlaku gangguan ketika majlis akad nikah hendak diadakan. “Bagaimanapun, kami akan menyiarkan semula rakaman majlis itu pada pukul 8.30 malam ini (Sabtu) di Astro Ria dan mungkin juga akan siarkan ulangan program itu dari masa ke semasa sebagai tanda kekesalan kami terhadap apa yang berlaku,” katanya. Raqim berkata, Astro Ria adalah saluran rasmi yang menyiarkan liputan menyeluruh majlis perkahwinan pasangan itu termasuklah majlis resepsi yang akan diadakan pada Ahad ini (esok).
ASTRO GAGAL SIAR PERNIKAHAN AWAL DAN SCHA
sumber : mstar










