AWAS AJARAN SESAT AHMAD 100
awas ajaran sesat ahmad 100
suatu kisah timbul tenggelam
kejap ada kejap tiada
namun senantiasa hadir
di keliling kiri kanan kita
bila nafsu melebihi akal
bila akal letaknya di bawah
maka segala ajaran pak tua
segala ajaran nabi kita
dicampur aduk jadi rojak
yang tersekat di kerongkong
tiada mampu ditelan lagi
awas ajaran sesat ahmad 100
kita manusia makhluk mulia
usah salah ertikan kejadian kita
kita makhluk punya akal hebat
usah salahgunakan akal itu
mengapa harus permainkan agama
mengapa mesti tunggang terbalik
islam agama yang syumul
letakkanlah ia di atas
ingat lagi pesan pak tua
tiada nabi dan rasul selepas muhammad
muhammad itu pesuruh terakhir
jika ada mahu mengaku nabi melayu
jika ada mahu mengaku nabi wanita
jika ada mahu mengaku dia nabi
persetankan itu semua
itu sesat semuanya
sesat barat…
AWAS AJARAN SESAT AHMAD 100
Jangan terpengaruh ajaran sesat “Ahmad 100”
MUAR — Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang mendakwa pengikut ajaran itu tidak perlu menunaikan solat lima waktu. Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin mendedahkan ajaran sesat yang dikenali sebagai “Ahmad 100″ sedang bergerak aktif di Selangor dan kini sedang merebak ke negeri Melaka. “Oleh kerana kedudukan daerah Ledang berhampiran dengan Melaka, kita harus berhati-hati supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran ini. Setakat ini, ia belum menular ke daerah ini,” katanya ketika memberi ceramah di Masjid Jamek Sultan Ismail, Tanjung Agas, Ledang hari ini.
Menurut Sulaiman, pengikut ajaran itu tidak perlu menunaikan solat tetapi memadai dengan niat untuk melayakkan mereka masuk syurga di samping turut meminta lelaki yang ingin menyertai ajaran itu menyerahkan isterinya tidur semalaman dengan pengasas ajaran itu sebelum diterima sebagai pengikutnya. “Jika didapati isterinya itu dapat memuaskan nafsu lelaki tersebut, barulah lelaki berkenaan diterima sebagai pengikutnya dan pengikut terbabit tidak perlu menunaikan solat lima waktu, memadai niat sahaja sudah mencukupi,” katanya.
AWAS AJARAN SESAT AHMAD 100
sumber : kosmo










