Bicara Hati Si Putera Duyong

CHELSEA JUARA PIALA FA INGGERIS 2012

chelsea juara piala FA inggeris 2012

FINAL PIALA FA INGGERIS

CHELSEA JUARA PIALA FA INGGERIS 2012

chelsea juara piala FA inggeris 2012
suatu perlawanan ternyata hebat
pertembungan dua seteru lama
masing masing dengan aksi cemerlang
serang menyerang tanpa henti
redah meredah selagi ada daya
namun kemenangan nyata milik chelsea
yang punya semangat lebih kental
yang punya kudrat lebih kuat
yang punya jentera lebih mantap
baik dari segi serangan padu
atau juga benteng pertahanan kukuh
chelsea juara piala FA inggeris 2012
tiada lagi perlu diperkatakan
keduanya pasukan yang terhebat
di kalangan yang terhebat
cuma kadangkala kita harus terima
setiap perlawanan mesti ada pemenang
itulah permainan bolasepak
yang bolanya berbentuk bulat
ternyata 2012 ini milik chelsea
bukan jadi milik liverpool
buat semua penyokong liverpool
terimalah kenyataan tersurat
walaupun terasa sedikit perit
walaupun terasa sedikit kelat
senyumlah walaupun sedikit
suratan takdir sudah terlahir
chelsea juara piala FA inggeris 2012
tahniah lagi sekali buat semua pemain
tahniah juga buat roberto di matteo
tahniah juga buat ramires
tahniah juga buat drogba
tahniah juga buat semua pemain
tahniah juga buat semua peminat
ternyata malam ini milik anda
ternyata malam ini milik chelsea
go chelsea the blues!

CHELSEA JUARA PIALA FA INGGERIS 2012
Perlawanan akhir Piala FA Inggeris di Stadium New Wembley sebentar tadi cukup hebat dan menarik. Kedua pasukan ternyata mempamerkan mutu permainan yang tinggi dengan saling menyerang bermula dari minit pertama perlawanan lagi. Permainan pada seeparuh masa pertama dikuasai sepenuhnya oleh Chelsea. Mereka memperolehi gol pada separuh masa pertama yang dijaringkan oleh penyerang kelahiran Brazil iaitu Ramires. Separuh masa pertama berkesudahan dengan Chelsea 1-0 Liverpool.

Awal mula sepakan sepakan separuh masa kedua masih lagi milik Chelsea. Mereka bijak mencipta gerak dan akhirnya berjaya menghasil gol kedua hasil jaringan penyerang berbisa Didier Drogba. Tersentak dengan jaringan kedua tersebut, Liverpool bagaikan ada penyuntik semangat dan terus menggandakan usaha mencipta gol. Akhirnya Andy Carrol berjaya menjaringkan gol. Gol tersebut terus menyuntik semangat hebat di kalangan pemain Liverpool. Mereka terus menyerang dan terus menyerang hingga ke wisel penamat. Andy Carrol sekali lagi mencemaskan semua penyokong Chelsea apabila tandukannya seakan menghasilkan gol tetapi dinafikan oleh pengadil dan penjaga garisan.

Perlawanan akhirnya berkesudahan dengan Chelsea 2-1 Liverpool.

CHELSEA JUARA PIALA FA INGGERIS 2012
gambar : sokernet

Post By puteraduyong (2,736 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 2 comments… add one }

Leave a Comment