Bicara Hati Si Putera Duyong

CHINA JUARA BERGANDA PIALA THOMAS DAN PIALA UBER 2012

china juara berganda piala thomas dan piala uber 2012

PIALA THOMAS DAN PIALA UBER

CHINA JUARA BERGANDA PIALA THOMAS DAN PIALA UBER 2012

china juara berganda piala thomas dan piala uber 2012
tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi
sememangnya merekalah juara mutlak
gergasi asia yang tiada terkalah lagi
punya ramai pemain berkaliber hebat
punya semangat tinggi di puncak jaya
ternyata merekalah juara sebenar
mereka kekal di puncak dunia badminton
pasti kita semua setuju dan akui
china juara berganda piala thomas dan piala uber 2012
sekalung ucapan tahniah buat mereka
dan buat skuad badminton Malaysia
cubalah lagi usah mengalah
kita juga mampu seperti mereka
Malaysia Boleh!

CHINA JUARA BERGANDA PIALA THOMAS DAN PIALA UBER 2012
China Juara Piala Thomas 2012

WUHAN: China mempertahankan kejuaraan Piala Thomas buat kali kelima berturut-turut selepas mengalahkan Korea Selatan 3-0 pada final di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, Ahad. Pemain peseorangan kedua China, Chen Long menyumbang mata kemenangan apabila mengalahkan Sho Wan Ho 21-9, 21-13. Ini merupakan kali pertama negara Tembok Besar itu memenangi kejohanan berprestij di tempat sendiri untuk muncul juara buat kali kesembilan sejak 1982.

China telah membuktikan bahawa mereka masih merupakan gergasi sukan itu apabila juara Olimpik 2008, Lin Dan, dengan mudah meraih mata pertama dengan menjinakkan pemain senior Lee Hyun Il 21-14, 21-17. Korea Selatan, yang julung kali melangkah ke final, cuba memberi saingan pada perlawanan kedua tetapi sukar dengan kehebatan beregu nombor satu dunia, Cai Yun/Fu Haifeng yang mengalahkan Lee Yong Dae/Kim Sa Rang 21-16, 25-23. Jurulatih China Li Yongbo berkata anak buahnya telah menampilkan persembahan cemerlang.

“Lin Dan, Fu Haifeng dan Cai Yun mempunyai pengalaman bermain dalam enam kejohanan Piala Thomas. Ppemain baru harus belajar daripada mereka. “Saya juga memuji Chen Long kerana beliau tenang dan mengaplikasikan segala teknik dan strategi yang telah dipelajari selama ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan. Menjawab soalan pemberita, jurulatih itu tidak menolak kemungkinan dominasi badminton yang dipegang China sekarang akan dirampas negara lain jika perseorangan utamanya Lin Dan dan beregu nombor satu dunia Fu Haifeng/Cai Yun memutuskan untuk bersara kelak. “Buat masa ini mereka tidak pernah memberitahu saya tentang persaraan. Apa pun keputusan mereka hanya akan diketahui selepas Sukan Olimpik 2012 London. “Saya harap mereka akan terus bermain kerana mereka kini berada dalam prestasi terbaik. Namun, jika mereka memutuskan untuk bersara, China telah pun bersedia dan mempunyai barisan pelapis yang mampu untuk menggantikan mereka,” katanya.

CHINA JUARA BERGANDA PIALA THOMAS DAN PIALA UBER 2012
sumber : mstar

Post By puteraduyong (2,745 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment