DIRA DILARANG SERTAI PROMOSI CHOW KIT
dira dilarang sertai promosi chow kit
baru muncul filem pertama
baru sahaja mahu naik nama
sudah dilanda bahang kontroversi
konon terlibat dengan pergaduhan
konon sudah cederakan orang
apa lagi yang boleh diperkatakan
akurlah sahaja dengan keputusan
demi kebaikan semua pihak
walaupun hati berasa sedih
namun tetap diterima penuh redha
mungkin itu dugaan sebagai bintang
dugaan sebagai seorang artis
mana mungkin lari dari gosip
dira dilarang sertai promosi chow kit
benarkah cerita pergaduhan itu
atau itu cuma sekadar rekaan
atau sekadar omongan kosong
atau cuma tuduhan meliar
buat menangguk di air keruh
penafian si dira sudah dibuat
namun cerita sebenarnya
hanya dira yang tahu
tanyalah dia…
DIRA DILARANG SERTAI PROMOSI CHOW KIT
Dira Abu Zahar Dilarang Sertai Promosi Chow Kit
PETALING JAYA: Pengacara Dira Abu Zahar menerima keputusan pihak Primeworks Studios yang tidak membenarkan dia terlibat untuk rangka promosi filem Chow Kit gara-gara dakwaan insiden pergaduhannya di pusat hiburan pada bulan lalu. Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar, 28, berkata walaupun berasa sedih kerana tidak dapat menjayakan promosi filem pertama lakonannya itu secara rasmi, dia menghormati keputusan tersebut.
“Ini adalah filem pertama saya tetapi malangnya saya tidak terlibat dalam rangka promosi atas keputusan pihak pengurusan studio berkenaan. “Saya tidak terkilan atau kecewa dengan keputusan itu. Saya tidak mahu berfikiran negatif dan mempersoalkan alasan di sebalik keputusan tersebut. “Cuma saya melihat keputusan mereka (penerbit) tidak mengadakan pra tonton itu tidak adil buat para pelakon lain kerana mereka berhak untuk menghebahkan mengenai filem ini,” luahnya kepada mStar Online.
Pada awal bulan lalu, Dira dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kontroversi. Dia didakwa mencederakan seorang wanita selepas berlakunya salah faham di dalam pusat hiburan terbabit. Bagaimanapun, Dira menafikan tuduhan tersebut. Bercerita lanjut, Dira berkata dia tidak menolak kemungkinan kontroversi berkenaan mampu menyuntik keinginan kepada masyarakat untuk menonton mutu kerjanya dalam filem itu.
DIRA DILARANG SERTAI PROMOSI CHOW KIT
sumber : mstar










