HAFIZ JUARA MANIA ASTRO PERTAMA
hafiz juara mania astro pertama
benarlah kata orang lama
tuah ayam nampak di kaki
tuah gajah nampak di gading
tuah kerbau nampak di tanduk
tuah harimau nampak di belang
tuah manusia siapa kan tahu
tuah hafiz nampak di rambut
itulah realiti dunia terkini
hafiz juara mania astro pertama
tewaskan ramai si suara lunak
tewaskan ramai penyanyi hebat
namun hafiz tetap terhebat
di kalangan yang memang hebat
ternyata suaranya tiada tandingan
sudah layak bergelar juara
semua sudah sepakat tanda setuju
sifu m nasir juga setuju
apatah lagi pemilik empayar hijau
ahmad dhani bertambah setuju
kerna di sebalik tuahnya hafiz
tertumpah juga pada ahmad dhani
dalam sedar atau tidak
juga bawa pulang rezeki
buat dikongsi sama keliling
buat tambahkan nilai potensi
hafiz juara mania astro pertama
tiada lagi kata mahu diucap
cukuplah dengan satu ucapan
yang ringkas serta padat
tahniah buatmu hafiz
kamu sudah semakin berjaya
moga kemenangan hari ini
jadi penguat pemacu diri
agar lebih berjaya nanti
moga kamu tak lupa diri
moga tak lupa ayah dan ibu
moga tak lupakan asal diri
ingat semua tu hafiz…
HAFIZ JUARA MANIA ASTRO PERTAMA
Hafiz Juara Mania
KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam Sabtu. Hafiz mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekali gus menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000. Hafiz berkata, dia bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh walaupun tidak sangka bahawa dirinya dapat mengalahkan empat lagi peserta saingannya iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.
“Saya terkejut dan pada masa sama gembira dengan anugerah ini. “Semoga hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya,” katanya pada sidang akhbar selepas konsert berlangsung. Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000. Manakala Jaclyn Victor di tempat ketiga, hasil undian sebanyak 22 peratus, sekali gus memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000.
HAFIZ JUARA MANIA ASTRO PERTAMA
sumber : mstar










