Bicara Hati Si Putera Duyong

KONTRAK BUAT DAN JANGAN BAGI MAHASISWA

kontrak buat dan jangan bagi mahasiswa

KONTRAK BUAT DAN JANGAN

KONTRAK BUAT DAN JANGAN BAGI MAHASISWA

kontrak buat dan jangan bagi mahasiswa
jika dihalusi sepenuh hati
sememangnya hadirnya itu perlu
bagi pastikan mereka terus fokus
pada pembelajaran penentu jaya
bagi pastikan mereka patuh
apa boleh dibuat semasa belajar
apa jangan dibuat semasa belajar
ia sebuah kontrak untuk kebaikan
namun ia seakan suatu sekatan
untuk si mahasiswa bergerak bebas
seakan kaki mereka terpasung
langkah tiada lagi meluas
kontrak buat dan jangan bagi mahasiswa
semoga ia tidak dijadikan bahan
untuk menghentam sebuah pihak
atau juga sebagai pencetus
pada amukan gelombang sang mahasiswa
yang cetusannya terkadang hebat
membahang menusuk ke hati
hingga ke akar umbi
sila hati-hati…

KONTRAK BUAT DAN JANGAN BAGI MAHASISWA
Pelajar Universiti Perlu Tandatangani Kontrak ‘Buat’ Dan ‘Jangan’ Bermula Semester Baru

PUTRAJAYA: Apabila semester baru bermula pada bulan September, semua pelajar universiti awam perlu menandatangani kontrak yang mengandungi apa yang ‘patut’ dibuat dan ‘larangan’ di kampus. “Kontrak itu akan disediakan oleh individu di universiti-universiti tetapi kementerian akan memastikan keseragaman secara umum,” kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Rabu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat di kementerian mengenai pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan pembelajaran sepanjang hayat.

Beliau berkata setiap universiti awam juga akan menubuhkan jawatankuasa aduan pelajar untuk mendengar dan bertindak terhadap aduan. “Ini adalah kali pertama saluran seperti ini dibuka. Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh naib canselor universiti yang akan mengadakan pertemuan apabila terdapat aduan oleh pelajar,” katanya. Mengenai penglibatan pelajar di perhimpunan Bersih baru-baru ini, Mohamed Khaled berkata: “Terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pelajar jika mereka ditangkap kerana merusuh atau mengambil bahagian dalam perhimpunan haram. Mereka juga seperti individu lain.”

Beliau menambah universiti boleh memutuskan jika tindakan perlu diambil terhadap pelajar mereka dengan melihat sama ada imej mereka (universiti) telah tercemar. Semasa sesi taklimat, seorang pegawai kementerian berkata kontrak itu akan membantu universiti memantau aktiviti pelajar di kampus. “Pelajar tidak perlu takut dengan kontrak ini kerana ia adalah satu mekanisme untuk memantau aktiviti-aktiviti pelajar di universiti. “Pelanggaran kontrak boleh berlaku dalam dua keadaan. Jadi, kepentingan kedua-dua pihak akan dilindungi,” katanya.

KONTRAK BUAT DAN JANGAN BAGI MAHASISWA
sumber : mstar

Post By puteraduyong (2,738 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment