KRISDAYANTI HAMIL DUA BULANM
krisdayanti hamil dua bulan
sememangnya begitulah lagak biasa
bagi kukuhkan rasa kasih cinta
jadi penambat hubungan penuh erat
hadirnya putera dan puteri kurniaan
senantiasa sekali didambakan
itulah kurniaan dari tuhan yang esa
anak sumber rezeki penuh makna
jadi amanah tanggungjawab terpikul
mendidik memimpin hingga puncak
jadi penyambung warisan legasi
krisdayanti hamil dua bulan
terimalah penuh kesyukuran
terimalah penuh keredhaan
pasti ada sesuatu hikmah
di sebalik setiap ketentuan
ternyata gelak tawa mereka
pasti menggembirakan hati kita
ternyata keletah manja mengada
pasti jadi pengubat kala duka
ternyata rawan rajuk hati mereka
pasti jadi penawar rasa gundah
merekalah sumber rezeki tiada nilai
rezeki sang putera dan puteri
anak-anak kita
krisdayanti hamil dua bulan
tahniah buat kalian berdua
tahniah krisdayanti dan raul lemos
KRISDAYANTI HAMIL DUA BULAN
Hamil Dua Bulan, Krisdayanti Malas Berhias
BARU melahirkan seorang anak perempuan bersama suaminya, Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti teruja apabila diberitahu mengandung lagi. Krisdayanti memberitahu kandungan yang baru mencecah usia dua bulan itu langsung tidak dirancang namun mereka menerima ia sebagai rezeki. “Saya dan suami tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi kehadiran orang baru ini nanti cukup menggembirakan kami,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Krisdayanti, kehamilan kali ini agak pelik kerana dia lebih selesa tidak mengenakan sebarang solek dan berpakaian santai. “Saya lebih selesa jika keluar ke rumah tanpa mengenakan sebarang solekan yang mana jarang-jarang saya lakukan sebelum ini,” ujarnya.
Kehadiran permata hati iaitu anak-anak sentiasa didambakan oleh setiap pasangan suami isteri yang berkahwin. Itulah amanah besar yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya agar si anak dicorakkan supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kehadiran mereka harus disambut dengan penuh kesyukuran kerana pada mereka ada rahmat yang tidak terhingga. Bila berjaya si anak merentasi dunia penuh pancaroba ini, maka itulah bukti si ibu dan bapa telah berjaya. Tahniah buat Krisdayanti dan Raul Lemos.
KRISDAYANTI HAMIL DUA BULAN
sumber : mstar










