Bicara Hati Si Putera Duyong

LELAKI PELAKU SEKS BUKAN AZMIN ALI

lelaki pelaku seks bukan azmin ali

AZMIN ALI

LELAKI PELAKU SEKS BUKAN AZMIN ALI

lelaki pelaku seks bukan azmin ali
itu kata semua kamu di sana
mereka di sini tidak sebegitu
semua masih main tuduh menuduh
semua masih mahukan bukti
bukti azmin ali tidak bersalah
mengapa harus ada bukti
apa tidak cukupkah penafian
kami ini rakyat malaysia prihatin
tolong jangan hidangkan lagi
dengan kisah aib mengaibkan
ini bukan ajaran rasul kami
semua sudah mula bertanya
termasuk juga anak kecil mentah
rasa malu mahu menjawab
entahlah dunia oh dunia
sampai bila agaknya
mahu selesai
pelik…

LELAKI PELAKU SEKS BUKAN AZMIN ALI
PKR Yakin Lelaki Pelaku Aksi Seks Bukan Azmin

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menetapkan pendirian untuk menerima pengakuan Mohamed Azmin Ali bahawa Timbalan Presiden itu difitnah apabila dikaitkan dengan gambar lelaki melakukan aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam beberapa laman blog dan akhbar sejak beberapa hari lalu. Parti itu juga begitu yakin dengan pengakuan Mohamed Azmin malah menegaskan tidak akan mempercayai siasatan polis sungguhpun dakwaan tersebut dapat dibuktikan.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata parti itu begitu pasti bahawa Mohamad Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab. “Kita percaya Azmin tidak terlibat dan beliau difitnah dalam kes ini. Kalau polis buat begitu (jika siasatan dapati Azmin bersalah), kita tahu polis menjadi tunggangan Barisan Nasional (BN). “Kami sangat mengenali Azmin. Jadi tidak kira apa pun, kami akan tetap mempercayai beliau tidak terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Terdahulu pada sidang media sebelum itu, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, PKR tidak perlu membuat siasatan dalam berhubung dakwaan berkenaan kerana penjelasan dan penafian Mohamed Azmin dianggap sudah memadai. Namun katanya, jika pihak yang membuat dakwaan mempunyai bukti kukuh ia perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat. “Jika ada kesalahan yang dilakukaan Azmin, serah kepada pihak berkuasa, serahkan kepada majlis agama. Bagi pihak parti tak perlu buat apa-apa siasatan. “Yang perlu membuktikan ialah orang yang menuduh. Kenapa yang dituduh perlu buktikan. Jadi tak perlu kita jalankan siasatan kerana kita tahu ia satu fitnah.

LELAKI PELAKU SEKS BUKAN AZMIN ALI
sumber : mstar

Post By puteraduyong (2,745 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment