SIME DARBY JUMPA KELANTAN DI FINAL PIALA FA
sime darby jumpa kelantan di final piala FA
titik akhir sudah termateri
penentuan juara bakal menggegar
antara kelab kecil bisa menyengat
serta sang gergasi pantai timur
sime darby catat sejarah baru
dalam kamus piala FA Malaysia
jadi kelab pertama muncul di final
mungkin bakal jadi juara piala FA
namun lawannya bukan semudah disangka
gergasi merah pantai timur
pasukan kelantan che wan kembang
sime darby jumpa kelantan di final piala FA
sama sama kita tunggu aksi mereka
pasti hebat penuh aksi
siapakah bakal bergelar juara piala FA
apakah juara milik sime darby
apakah juara milik kelantan
tunggu sahaja…
SIME DARBY JUMPA KELANTAN DI FINAL PIALA FA
Sime Darby catat sejarah, Klate mara
Sime Darby membenam Teregganu dan akan bertemu Kelantan setelah mereka muncul pemenang dengan Kedah pada 19 Mei di lembah Klang. Lembah Klang dijangka akan dibanjiri dengan lautan merah setelah kemenangan Kelantan dari keputusan agregat 3-3 dengan kelebihan gol di padang lawan. Perlawanan kedua separuh akhir Piala FA di Kedah itu telah bermula dengan gol Khyril Muhymeen pada minit ke 32 dan 41 sebelum Obinna menjaringkan gol pada minit ke 49 dan Mohammad Ghaddar menyamakan kedudukan pada minit 61.
Terengganu pula telah menghadapi Sime Darby di Stadium Selayang pasukan tuan rumah telah meneruskan rekod tanpa kalah di padang sendiri, satu-satunya kubu Liga Premier. Hujan lebat telah menjejas permainan kedua-dua pasukan dengan padang yang lecak dan percubaan terbaik dalam detik pembukaan jatuh kepada Faiz Mohd Isa yang telah memberi rembatan dari luar kotak yang ditepis dengan baik oleh bekas penjaga gol Malaysia Sharbinee pada minit ke 8.
Ketua jurulatih Penyu Mat Zan Mat Aris telah menyatakan: “Memang kecewa setelah kalah. Kalau kita tengok aksi pada separauh pertama kita banyak cipta peluang di hadapan gol tetapi separuh masa kedua kita ghairah dan tidak kreatif dan gerakkan kurang berkesan.” Ismail Zakaria ketua jurulatih Sime Darby pula teruja dengan pertemuan dengan Kelantan nanti, pasukan Liga Premier pertama yang dapat mencapainya: “Pertama ini adalah kali pertama pemain saya ke peringkat akhir Piala ini. Yang kedua ini adalah hasil pemain saya yang telah mengikut planning yang telah dirancangkang. Mereka memang menunjukkan semangat perjuangan.”
SIME DARBY JUMPA KELANTAN DI FINAL PIALA FA
gambar : ammboi











redlomo May 2, 2012 at 10:21 pm
kita lihat sapa yang kena.. nanti…
puteraduyong May 3, 2012 at 1:08 pm
sesungguhnya bola itu bulat… tak tentu jugak…