Bicara Hati Si Putera Duyong

AMAH LARI DARI RUMAH SITI SARAH DAN SHUIB

amah lari dari rumah siti sarah dan shuib

SITI SARAH

AMAH LARI DARI RUMAH SITI SARAH DAN SHUIB

amah lari dari rumah siti sarah dan shuib
entah apa silap agaknya
mungkin ada sedikit tercuit rasa
atau mungkin aksi bersahaja
sengaja mahu datangkan susah
tambahkan rasa fobia di hati sarah
tambahkan rasa geram di hati shuib
namun percayalah pada ketentuan
setiap kejadian pasti ada hikmah
setiapa sesuatu pasti ada pengajaran
amah lari dari rumah siti sarah dan shuib
apa lagi yang boleh diperkatakan
carilah sahaja yang lain
jika tiada rasa yakin
jagalah sendiri uwais al qarni
uwais pasti lagi suka
kan uwais…

AMAH LARI DARI RUMAH SITI SARAH DAN SHUIB
Amah Lari Dari Rumah Buat Siti Sarah Fobia

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah berasa fobia apabila orang gajinya meninggalkan rumah secara tiba-tiba sejak seminggu lalu tanpa sebab ataupun sebarang notis. Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin Hamzah, 28, berkata pelbagai urusan harian terutamanya melibatkan hal penjagaan anaknya Uwais Alqarni yang berusia enam bulan, terjejas ekoran ‘kehilangan’ secara mengejut amah dari Indonesia itu. “Saya menjadi fobia dengan insiden kehilangan pembantu rumah secara mengejut. Pada satu petang kira-kira seminggu yang lalu dia tidak pulang ke rumah selepas keluar bersiar-siar. “Ketika dihubungi, dia kata ada urusan yang perlu diselesaikan dan langsung tidak pulang semula sejak itu.

“Saya agak ‘patah kaki’ kerana terpaksa meninggalkan Uwais di pusat asuhan kanak-kanak apabila hendak keluar bekerja,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Ditanya adakah dia bersikap kasar terhadap amah berkenaan sehingga menyebabkan wanita itu melarikan diri, isteri kepada pelawak Shuib (Sepahtu) ini berkata dia tidak berbuat demikian kerana menyenangi kerja pembantu rumah itu. “Saya tidak pernah memarahi dia apatah lagi untuk memukul atau bertindak kasar. Dia bekerja dengan baik dan mengasuh anak saya dengan penuh kasih sayang. Malah, suami (Shuib) juga senang dengan tugasannya.

“Saya sendiri terkejut dan hairan dengan apa yang berlaku kerana dia tidak pernah melakukan sebarang perbuatan khianat atau mencurigakan ketika di rumah,” ujarnya. Justeru itu, dia sudah melaporkan kehilangan amah itu kepada ejen terbabit dan kini masih menunggu pembantu rumah yang baru. “Memang susah apabila tiada pembantu rumah kerana saya terpaksa melakukan segala urusan di rumah sendiri terutamanya hal mengasuh anak. “Saya sudah membuat laporan kepada ejen berkenaan dan sedang menunggu amah yang baru sebagai pengganti,” jelasnya.

AMAH LARI DARI RUMAH SITI SARAH DAN SHUIB
ikuti berita terkini di mstar dan hiduplah untuk memberi seperti kata Denaihati

Post By puteraduyong (2,749 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment