Bicara Hati Si Putera Duyong

AZIZ SATTAR DAN OSMAN KERING SAKIT

aziz sattar dan osman kering sakit

DATUK AZIZ SATTAR

AZIZ SATTAR DAN OSMAN KERING SAKIT

aziz sattar dan osman kering sakit
itulah nasib menimpa si veteran
yang sudah lama di medan seni
akhirnya terlantar mereka berdua
di katil putih hamparan bersih
di rumah sakit kebanyakan takuti
namun mereka tidak keseorangan
masih ada insan yang memahami
masih ada insan yang mendekati
hulurkan segala bentuk bantuan
seniman karyawan turut sama
demi kesejahteraan semua warga
aziz sattar dan osman kering sakit
itu suatu peringatan buat kita
yang masih segar mengharungi dunia
yang masih leka di telan zaman
akan tiba masa kita
ingatlah…

AZIZ SATTAR DAN OSMAN KERING SAKIT
Kecoh Apabila Wakil Seniman Dilarang Bertemu Aziz Satar

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi keliru apabila ahli keluarga pelakon veteran, Datuk Aziz Satar tidak membenarkan pihaknya serta wakil media untuk melawat pelakon itu selepas dimasukkan ke Hospital Ampang pada Sabtu lalu kerana serangan sakit jantung. Zed berkata, pihaknya sebelum ini menerusi Biro Veteran persatuan itu telah memaklumkan kedatangan mereka dan mendapat persetujuan daripada ahli keluarga Aziz. “Saya tidak pasti mengapa keadaan jadi begini kerana kehadiran Seniman dengan niat yang baik iaitu untuk melawat dan bertanya mengenai keadaan Pak Aziz selain menyerahkan sumbangan bagi membantu meringankan bebannya.

“Tak mengapalah kerana apa yang lebih penting kami telah menjalankan tanggungjawab kami demi menjaga kebajikan pelakon-pelakon veteran di negara ini,” ujarnya ketika ditemui di perkarangan Hospital Ampang dim sini, pada Selasa. Pada pertemuan yang berlangsung pukul 12 tengah hari itu, keadaan menjadi kecoh apabila beberapa ahli keluarga Aziz atau nama sebenarnya Abdul Azez Satta tidak membenarkan wakil Seniman untuk melawat pelakon filem Bujang Lapok itu di wad. Ahli keluarganya juga enggan ditemu bual oleh pihak media bagi mengetahui perkembangan terkini Aziz. Zed dan wakil Biro Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, iaitu Jamawi Jaafar sempat menghulurkan wang kepada keluarga Aziz sebelum meninggalkan perkarangan hospital.

Sementara itu, Zed turut melawat pelakon Osman Kering,58, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini bagi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada isterinya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48. Norhayati yang terharu dengan kunjungan itu memberitahu menghargai usaha Seniman yang dilihat begitu bersungguh-sungguh membantu golongan artis veteran seperti suaminya. Mengenai perkembangan terkini Osman, Norhayati memberitahu suaminya masih tidak sedarkan diri selain tekanan darah dan nadinya yang tidak stabil. Osman atau nama sebenarnya Osman Kassim dimasukkan ke HUKM pada 11 Jun lalu.

AZIZ SATTAR DAN OSMAN KERING SAKIT
ikuti kisah semasa di mstar dan hiduplah untuk memberi seperti kata Denaihati

Post By puteraduyong (2,749 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment