BILA FAEKAH MENULIS SURAT
bila faekah menulis surat
ramai mulut mula keluarkan kata
ada kata cemuhan tiada enak
ada kata cacian berbaur fitnah
ada sahaja cerita lama basi
ianya sekadar menulis surat
hanya sebagai surat sokongan
hanya sebagai surat iringan
bukan surat untuk memujuk
bukan surat belakang cerita
bila faekah menulis surat
harus hati hati bila bertindak
jika kamu ada kepentingan
sila jauhi semua tulisan itu
kerna ia bisa datangkan celaru
di mata mereka dan juga kamu
di akal mereka dan juga kamu
pasti ia tidak enak
jauhilah…
BILA FAEKAH MENULIS SURAT
Isu Faekah: Menulis Surat Minta Pertimbangan Tidak Salah – MB Selangor
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menganggap tindakan setiausaha politiknya menghantar surat kepada syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) agar sebuah firma guaman ‘dipertimbangkan’ menjadi panel peguam di PNSB, adalah tidak salah. Beliau berkata setiausaha politiknya itu menghantar surat terbabit bagi mendapatkan perhatian daripada PNSB berhubung perkara berkenaan dan bukan atas sebab lain. “Surat itu cuma untuk dipanjangkan dan untuk dipertimbangkan oleh syarikat berkenaan (PNSB). Dalam etika pun ia tidak salah dan bila diminta untuk dipertimbangkan, tindakan selanjutnya terpulanglah kepada syarikat berkenaan untuk menerima atau menolak,” katanya kepada pemberita di majlis pembukaan kompleks beli-belah Setia City Mall di Setia Alam di sini, Sabtu.
Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan pembukaan kompleks berkeluasan 4.2 hektar itu. Abdul Khalid berkata amalan menulis surat untuk tujuan mendapatkan perhatian dan pertimbangan pihak lain merupakan perkara biasa bagi pihaknya. “Ia biasa, saya kadang-kadang pun tulis surat untuk tujuan itu. Dalam kes ini, walaupun surat itu telah dipanjangkan kepada PNSB, tetapi firma guaman terbabit tidak dilantik pun untuk menjadi panel peguam di syarikat terbabit,” katanya.
Sebuah blog baru-baru ini mendakwa setiausaha politik kepada Menteri Besar Faekah Husin menulis surat kepada PNSB agar firma guaman milik anak saudaranya itu dilantik menjadi panel peguam di syarikat berkenaan. Dalam laporan akhbar pada Sabtu, Faekah mengaku menulis surat terbabit tetapi mendakwa ia bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan daripada PNSB berhubung perkara berkenaan. Faekah turut menjelaskan surat itu dihantar bersama beberapa surat firma guaman lain yang turut berminat menjadi panel guaman di PNSB dan syarikat milik kerajaan negeri lain.
BILA FAEKAH MENULIS SURAT
ikuti kisah semasa di mstar dan hiduplah untuk memberi kata Denaihati










