BUKAN BIDADARI SLOT TERBARU LESTARY
bukan bidadari slot terbaru lestary
mana mungkin sifat manusia biasa
yang hidupnya di bumi fana ini
bisa jadi seperti bidadari
makhluk ciptaan tuhan penuh keindahan
makhluk ciptaan tuhan anggun cantik
hadiah buat hambanya yang taat
buat hambanya yang penuh taqwa
bukan bidadari slot terbaru lestary
jika tidak jadi bidadari sekalipun
cubalah untuk jadi yang terbaik
yang pelihara segala maruah diri
yang letakkan hak di puncak atas
yang senantiasa berpaksi kukuh
pada ajaran tuhan dan rasulnya
yang senantiasa sederhana
tapi bermakna …
BUKAN BIDADARI SLOT TERBARU LESTARY
‘Bukan Bidadari’ Taruhan Terbaru Slot Lestary
SUBANG JAYA: Stesen TV3 bakal menyajikan drama bersiri terbaru berjudul Bukan Bidadari dalam slot Lestary dan akan menemui peminat bermula 19 Jun ini, setiap Selasa pukul 9 malam. Diarahkan oleh Faisal Ishak dibawah penerbitan Filemscape Production, skrip Bukan Bidadari ditulis oleh Zuli Ismail yang mengisahkan mengenai kehidupan seorang gadis yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah hidup mewah. Faisal ketika ditemui berkata, dia yakin drama berdurasi 13 episod ini akan mendapat sambutan kerana jalan ceritanya yang menarik selain lakonan mantap daripada barisan pelakon.
“Insya Allah ia akan mendapat sambutan kerana jalan cerita dan lakonan para pelakon cukup mantap dan saya sendiri berpuas hati dengan hasilnya,” ujarnya. Bukan Bidadari membariskan pelakon seperti Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali). Dalam pada itu, TV3 juga turut memperkenalkan drama bersiri berjudul Naziha untuk slot Zehra dan telah pun memulakan siaran pada 15 Jun, setiap Jumaat pada pukul 9 malam.
Naziha membariskan barisan pelakon seperti Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan sebagainya. Bagi penonton yang ketinggalan untuk menyaksikan dua buah drama bersiri hebat ini, boleh melayari laman web Tonton di http://www.tonton.com.my selain Facebook dan Twitter untuk mendapatkan berita terkini mengenai drama tersebut.
BUKAN BIDADARI SLOT TERBARU LESTARY
ikuti kisah semasa di mstar dan hiduplah untuk memberi seperti kata denaihati










