Bicara Hati Si Putera Duyong

DR ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA BARU

dr ali hamsa ketua setiausaha negara baru

DATUK SERI DR ALI HAMSA – KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN)

DR ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA BARU

dr ali hamsa ketua setiausaha negara baru
kini jawatan tertinggi sudah bertukar
berganti dengan wajah yang baru
wajah yang bakal menentukan corak
wajah yang bakal memacu rentak
bagi semua si penjawat awam di sana
sekali air bah sekali pantai berubah
apakah akan ada suatu pembaharuan
atau hanya mengikut wadah lama
namun segalanya tetap kan sama
aku yang menurut perintah
itu tidak mungkin kan berubah
biarpun pantai berubah wajah
biarpun siapa sahaja memerintah
pasti tetap ia tertegak
pada paksinya yang satu
dr ali hamsa ketua setiausaha negara baru
sekalung tahniah buat datuk seri dr ali hamsa
semoga kecemerlangan tetap di sisi
cemerlang gemilang dan terbilang
selamanya…

DR ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA BARU
Dr Ali Hamsa Dilantik Ketua Setiausaha Negara

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, pada Selasa diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Selasa berkata beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu.

Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat. Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Beliau mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009.

Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009. “Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg.Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya,” kata kenyataan itu.

DR ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA BARU
ikuti kisah semasa di mstar dan hiduplah utnuk memberi seperti kata denaihati

Post By puteraduyong (2,738 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment