Bicara Hati Si Putera Duyong

FGV HEBAT RAHMAT BAGI PENEROKA

FGV hebat rahmat bagi peneroka

FELDA GLOBAL VENTURES

FGV HEBAT RAHMAT BAGI PENEROKA

FGV hebat rahmat bagi peneroka
munculnya buat pertama kali
kemunculan nampak hebat
berada kukuh di bursa malaysia
semua tertumpu ke arahnya
semua mata mula memandang
semua telinga mula mendengar
dan semua mulut mula berbicara
bicara di kedai kopi pak ali
bicara di warung mamak bistro
bicara di ceruk hotel mewah
FGV hebat rahmat bagi peneroka
semoga ia benar suatu rahmat
bukan udang di sebalik batu
pastikan tiada main main belakang
pastikan tiada kuis kuis di sisi
pastikan tiada kudis nanah
pastikan ianya bersih suci

FGV HEBAT RAHMAT BAGI PENEROKA
FGV Muncul Hebat, Rahmat Bagi Peneroka

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd mengakhiri dagangan pada paras kukuh dengan harga RM5.30 sesaham, Khamis, selepas muncul hebat dalam dagangan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39, apabila ia mencatatkan premium sebanyak 84 sen berbanding harga tawarannya, RM4.55. Peniaga-peniaga berkata penutupan dagangan FGV pada RM5.30, dengan premium 75 sen dan 2.615 juta lot bertukar tangan, adalah di luar jangkaan.

Mereka berkata, ini merupakan ganjaran yang berpadanan bagi 112,635 peneroka yang telah mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kerana mereka kini memiliki saham-saham dalam satu daripada syarikat perladangan terbesar di dunia dengan prospek yang cerah memandangkan permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit. Meskipun sentimen di bursa-bursa global muram sahaja, namun pengusaha kelapa sawit ketiga terbesar di dunia ini menjadi tumpuan hari ini dan merupakan kaunter paling cergas, sekali gus mencerminkan pasaran saham tempatan yang berdaya tahan.

Saham-saham FGV berlegar di antara paras tertinggi RM5.46 (meningkat 20 peratus atau mencatatkan premium 91 sen berbanding harga tawaran RM4.550), dan paras terendah RM5.24. Penyenaraian IPO kedua terbesar di dunia itu selepas pengapungan Facebook Inc mengumpul US$16 bilion, menarik perhatian dunia dan menandakan satu pencapaian penting bagi negara, terutamanya bagi peneroka Felda, yang akan menerima durian runtuh melalui penyenaraian ini.

Kemunculan sulung yang hebat ini mengatasi beberapa IPO global yang ditangguhkan atau dibatalkan, termasuk IPO Formula One di Singapura, yang ditangguhkn, dan IPO US$1 bilion syarikat barang kemas mewah London, Graff Diamonds yang dibatalkan. IPO Felda menarik 58,526 permohonan bagi 565.40 juta saham daripada orang ramai, dan ini merupakan lebihan langganan sebanyak 6.75 kali. Ia menawarkan 72.96 juta saham bagi langganan orang ramai. Sebanyak 49 peratus kepentingan FGV adalah milik Felda Holdings Bhd, pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia, dan syarikat penapisan minyak sawit kedua terbesar di Malaysia.

FGV HEBAT RAHMAT BAGI PENEROKA
ikuti kisah semasa di mstar dan ikutlah kata denaihati hidup untuk memberi

Post By puteraduyong (2,736 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment