Bicara Hati Si Putera Duyong

JEREBU LANDA LEMBAH KLANG

jerebu landa lembah klang

JEREBU DI KUALA LUMPUR

JEREBU LANDA LEMBAH KLANG

jerebu landa lembah klang
keadaan yang sudah lama reda
kini sudah kembali mewarnai kota
kabus kabur di sana sini
sudahlah kesan jerebu melanda
ditambah pula asap ekzos kereta
semakin menyesakkan peparu manusia
makin meyesakkan pandangan mata
makin menyesakkan seluruh warganya
yang senantiasa sesak di puncak
yang senantiasa bergerak tuju rentak
yang pantas berlari kejar mimpi
jerebu landa lembah klang
mungkin ini amaran dari bumi
agar lebih berwaspada
agar lebih toleransi
agar lebih insafi
fikirkan…

JEREBU LANDA LEMBAH KLANG
Jerebu Di Lembah Klang Buruk, Mungkin Tiada Hujan Sehingga Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa tempat di Lembah Klang semakin buruk dengan empat kawasan merekodkan IPU tidak sihat berbanding tiga kawasan sebelum ini. Indeks yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 5 petang Jumaat, mencatatkan bacaan IPU di Cheras bertambah buruk kepada 105 berbanding 91 sebelum ini. IPU di Pelabuhan Klang dan Shah Alam, masing-masing meningkat kepada 147 dan 120 berbanding 130 dan 106 pagi ini.

Bacaan IPU di Kuala Selangor bertambahbaik sedikit iaitu 129 berbanding 131 sebelum ini. Tiga kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (129), Pelabuhan Klang (147) dan Shah Alam (120). Sementara itu, 34 kawasan merekodkan IPU sederhana dengan bacaan antara 51 dan 100 manakala bilangan kawasan dengan IPU yang baik, menurun kepada 12 berbanding 14 awal Jumaat. Antara kawasan mencatatkan IPU sederhana ialah Petaling Jaya dan Batu Muda, Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 99, Banting (95), Sri Manjung (92), Tanah Merah (88), Putrajaya (78) dan Perai (74).

Kenyataan JAS berkata, keadaan kualiti udara yang buruk di Lembah Klang dan Perak sejak pagi ini adalah disebabkan jerebu rentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. Keadaan jerebu itu dijangka berlarutan selama beberapa hari disebabkan ramalan bahawa cuaca kering di beberapa bahagian di utara dan pantai barat Semenanjung pada masa ini. Kenyataan itu menambah, imej satelit oleh Pusat Kepakaran Meteorologi Asean menunjukkan peningkatan jumlah titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Selasa. Imej itu menunjukkan bahawa jerebu bergerak dari Riau, Sumatera Tengah menuju ke pantai barat Semenanjung Malaysia.

JEREBU LANDA LEMBAH KLANG
sumber kisah dari mstar dan ikutlah kata Denaihati hiduplah untuk memberi walaupun sedikit cuma…

Post By puteraduyong (2,740 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment