JERMAN BELASAH GREECE DI SUKU AKHIR
jerman belasah greece di suku akhir
begitulah kuat dan kental pasukan ini
pasukan bimbingan Joachim Low ini
hadir ke gelanggang penuh semangat
berjuang tanpa belas kasihan
greece akhirnya diratah lumat
ternyata jentera mereka memang hebat
bukan sahaja di paksi serangan
bertalu melancarkan serangan padu
ditambah pula benteng pertahanan
tiada mampu lawan mengacah
pasti terkandas dibentes mereka
greece ternyata hilang punca
akhirnya terpaksa menyerah kalah
namun kalah penuh bermaruah
tetap ditentang hingga rebah
jerman belasah greece di suku akhir
tahniah pasukan hebat jerman
berjaya akhirnya ke separuh akhir
pasti lebih sengit
moga anda semua berjaya…
JERMAN BELASAH GREECE DI SUKU AKHIR
Jerman tunjukkan kekuatan mereka
Jerman belasah Greece 4-2 pada hari Jumaat untuk mara ke separuh akhir Euro 2012.
Jerman, yang menjadi pasukan pilihan ramai untuk memenangi perlawanan ini, menguasai separuh masa pertama menentang sebuah pasukan Greece yang bermain dengan defensif dari mula perlawanan. Jerman mendahului perlawanan apabila ketua pasukan Phillip Lahm merembat bola masuk dari luar kotak penalti enam minit sebelum masa rehat. Jerman mempamerkan corak permainan yang lebih hebat dengan banyak percubaan cantik ke arah kubu pertahanan Greece. Perlawanan hingga ke separuh masa pertama berkesudahan dengan Jerman 1-0 Greece.
Greece, juara Euro 2004, mengejutkan Jerman sepuluh minit selepas masa rehat apabila hantaran Dimitris Salpingidis dari sayap kanan dijaringkan oleh Giorgos Samaras, yang telah berjaya melepasi Jerome Boateng. Gol tersebut ternyata berjaya menyuntik semangat pemain Greece namun kekuatan jentera pertahanan Jerman ternyata lebih kuat dan kental. Jerman menjaringkan gol kedua mereka enam minit kemudian apabila rembatan voli Sami Khedira daripada hantaran Boateng melepasi penjaga gawang Greece iaitu Sifakis. Miroslov Klose menanduk masuk gol ketiga Jerman pada minit ke-68 sebelum pemain muda Marco Reus menjaringkan gol keempat untuk pasukan Joachim Low.
Salpingidis berjaya menjaringkan gol kedua Greece melalui sepakan penalti apabila bola terkena tangan Boateng di dalam kotak penalti. Jerman akan bertemu pemenang perlawanan antara England dan Itali di separuh akhir Euro 2012.
JERMAN BELASAH GREECE DI SUKU AKHIR
ikuti kisah semasa bolasepak di espnstar dan hiduplah untuk memberi seperti kata Denaihati










