Bicara Hati Si Putera Duyong

LIMELIGHT FAIZAL HUSSEIN PENUH SINDIRAN

limelight faizal hussein penuh sindiran

FAIZAL HUSSEIN

LIMELIGHT FAIZAL HUSSEIN PENUH SINDIRAN

limelight faizal hussein penuh sindiran
namun semuanya berpaksi kebenaran
suatu kisah perjalanan hidup
sebagai suatu bentuk perkongsian
akan pahit manis bergelar pelakon
kisah suka duka inti pengalaman
setelah empat puluh tahun
menabur bakti di persada seni
mencurah keringat tiada penat
kini semuanya hadir di kertas
jadi buku tulisan si anak seni
disemai jadi garapan indah
semoga jadi suatu perkongsian
antara hak dan yang berhak
antara kebenaran dan palsu
antara tipu atau bohong
limelight faizal hussein penuh sindiran
selamilah jiwa si faizal hussein
berani kerana benar
takut kerana salah
semuanya benar belaka …

LIMELIGHT FAIZAL HUSSEIN PENUH SINDIRAN
Faizal Hussein Mohon Maaf, Tidak Niat Menyindir Dalam Buku

KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Hussein menjelaskan buku pertama tulisannya berjudul Limelight bukan bertujuan untuk menyindir atau mengaibkan mana-mana pihak di dalam industri perfileman tanah air. Faizal berkata, buku itu sebaliknya memaparkan realiti sebenar dunia perfileman tempatan berdasarkan pengalamannya selama 40 tahun bergelar pelakon. “Mungkin beberapa kandungan dalam buku ini akan menyinggung pihak tertentu tetapi semua itu adalah fakta dan cerita yang saya dengar dan lalui dalam industri perfileman sepanjang 40 tahun.

“Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada semua jika ada yang kurang senang atau terasa. Namun ia dihasilkan untuk tatapan dan panduan kepada warga seni khususnya yang baru mengenai selok-belok industri,” ujarnya kepada mStar Online. Limelight memaparkan corat-coret dunia perfileman daripada kaca mata aktor itu.Ia juga adalah perkongsian kisah peribadi Faizal yang dilahirkan daripada keluarga seni aktor dan pengarah veteran Allahyarham Hussein Abu Hassan dan aktres Allahyarham Mahyon Ismail. Buku setebal 200 halaman itu diterbitkan Merpati Jingga dan bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Bercerita lanjut, Faizal menyifatkan buku tersebut sebagai medan terbaik untuk dia memberikan panduan dan bimbingan kepada karyawan muda berhubung matlamat sebenar dalam dunia seni. “Majoriti artis baru hanya melihat bidang ini untuk popular dan hidup mewah sedangkan anak seni mempunyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat. “Saya mahu berkongsi dengan anak seni dan pekerja-pekerja filem dan membetulkan matlamat sebenar dan tanggungjawab mereka berdasarkan pengalaman saya selama ini,” luahnya. Ditanya mengenai keberaniannya mendedahkan realiti sebenar industri filem dalam buku itu, Faizal berkata dia bersedia menerima pelbagai reaksi ekoran tindakan itu. “Saya sedar apabila kita bercerita dengan ikhlas mengenai sesuatu kebenaran, pasti ada pihak yang tersinggung dengan pendedahan itu.

LIMELIGHT FAIZAL HUSSEIN PENUH SINDIRAN
ikuti kisah semasa di mstar dan hiduplah untuk memberi seperti kata Denaihati

Post By puteraduyong (2,740 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment