RAJA AZMI DAN JAILANI SIDEK BERCERAI
raja azmi dan jailani sidek bercerai
jika itu sahaja jalan terbaik
jika sudah habis kerah segala fikir
jika timbangan akal habis diguna
jika muzakarah sudah terlaksana
jika persetujuan sudah termaterai
jika hak berhak sudah tertunai
maka jika itu dirasakan jalan lurus
setelah petunjuk sudah dipinta
dan selesaikanlah sebaiknya semua itu
demi sebuah kebahagiaan pasti
demi sebuah kesucian sebuah cinta
walaupun bergegar tiang arasy
maka lafazkanlah talak itu
walaupun pahit perit terasa
lafazkanlah setulus hati kamu
raja azmi dan jailani sidek bercerai
buat kamu kamu diluar sana
usah lagi mainkan kata nesta
usah lagi bukakan mulut tempayan
jaja segala kecelaruan berlegar
usah lagi hunuskan lidah tak bertulang
menikam tembus hingga ke sukma mereka
usah lagi tundingkan jari tanganmu
meletak salah pada satu atau kedua
kita kan tetap manusia biasa
mana mungkin lari dari silap salah
kita bukannya makhluk sempurna
bukan perfect!
RAJA AZMI DAN JAILANI SIDEK BERCERAI
Raja Azmi Dan Jailani Sidek Fail Penceraian
PETALING JAYA: Penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman bakal menfailkan penceraian dengan suaminya iaitu Jailani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini. Laporan Harian Metro menyebut, keputusan yang dibuat itu demi menjaga maruah suaminya sebagai seorang lelaki dan keputusan itu diambil atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.
“Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh. “Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.
“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya. Raja Azmi, 48, berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.
RAJA AZMI DAN JAILANI SIDEK BERCERAI
ikuti kisah semasa di mstar dan ikutlah kata Denaihati hidup untuk memberi










