ROBERTO DI MATTEO PENGURUS BARU CHELSEA
Roberto Di Matteo pengurus baru Chelsea
terjawab sudah segala teka teki
yang bermain di benak fikiran
yang berlegar di ruangan maya
yang berlingkar di meja kopi
yang bersambungan jejak kisahnya
antara nyata realiti dan fantasi
namun kini segalanya sudah jadi nyata
terjawab semuanya segala persoalan
tentang siapa pengemudi Chelsea
kelab yang terlahir sebagai juara
kelab yang punya jutaan peminat
Roberto Di Matteo pengurus baru Chelsea
tahniah buat kamu Di Matteo
ternyata kamu berjaya menarik mereka
ternyata kamu berjaya satukan mereka
ternyata mereka percayakan kamu
kamu sudah punya nama kukuh
sememangnya kamu dilahirkan untuk chelsea
dari chelsea untuk chelsea
semoga pelayaranmu nanti tidak terhenti
tiada lagi dipukul badai menggila
tiada lagi hilangnya kemudi
semoga kekal menuju destinasi
misi dan visi jelas termaterai
mahu jadi sang juara
di liga BPL
go chelsea go!
ROBERTO DI MATTEO PENGURUS BARU CHELSEA
RDM pengurus baru Chelsea
Chelsea telah mengesahkan mereka telah melantik Roberto Di Matteo sebagai pengurus baru mereka dengan perjanjian kontrak dua tahun. Bekas pemain tengah Chelsea itu, yang telah memimpin Blues kepada kemenangan Piala FA dan Liga Juara-Juara selepas mengambil alih sebagai daripada Andre Villas-Boas sebagai pengurus sementara di bulan Mac – telah pulang ke Stamford Bridge pada hari Rabu selepas percutiannya.
Ketua eksekutif, Ron Gourlay berkata di laman web kelab itu: “Bakat Roberto menyerlah apabila beliau memimpin kelab ini kepada kemenangan Piala FA dan Liga Juara-Juara. Dan kami semua di Chelsea gembira beliau akan dapat teruskan kerja baiknya.
Di Matteo berkata: “Saya sangat gembira diberikan peluang untuk menjadi pengurus Chelsea sepenuh masa. Kami telah menikmati kejayaan yang hebat musim lalu dan mencatat sejarah untuk kelab ini. Matlamat kami adalah untuk terus berkembang sebagai satu pasukan dan saya tidak sabar untuk mulakan musim baru.”
ROBERTO DI MATTEO PENGURUS BARU CHELSEA
ikuti berita bolasepak di Sokernet dan hiduplah kita semua untuk meemberi seperti kata Denaihati










