Bicara Hati Si Putera Duyong

RUUD GULLIT BAKAL JURULATIH BELANDA

Ruud Gullit bakal jurulatih Belanda

RUUD GULLIT – BELANDA

RUUD GULLIT BAKAL JURULATIH BELANDA

Ruud Gullit bakal jurulatih Belanda
siapa tidak kenal nama ini
nama yang sudah tersohor
ternama di arena bolasepak dunia
jadi wira skuad orange
di suatu masa gemilang dahulu
nama yang sentiasa diingati
nama yang sentiasa disanjungi
oleh semua peminat kecil besar
menjadi lagenda bolasepak belanda
Ruud Gullit bakal jurulatih Belanda
jika benar ini terjadi nanti
pasti bertuah skuad orange
kerna pengalaman hidup bukan sedikit
corak permainan pasti menarik
pasti jadi yang paling baik
tahniah buat skuad belanda
itu pilihan paling tepat

RUUD GULLIT BAKAL JURULATIH BELANDA
Ruud Gullit Jadi Pilihan Sebagai Jurulatih Belanda

RUUD GULLIT merupakan pilihan bagi menggantikan Bert Van Marwijk sebagai jurulatih Belanda. Van Marwijk, yang mempunyai kontrak empat tahun, meletakkan jawatan apabila pasukan kendaliannya tidak begitu cemerlang dalam Euro 2012. Skuad Orange itu berada di bawah tanpa sebarang mata, tewas kepada Denmark, Portugal dan Jerman. Van Marwijk, 60, meletakkan jawatan pada Rabu selepas SunSport mendedahkannya selepas laporan kejohanan FA Belanda.

Ia mengenai pendedahan jurulatih yang merancang untuk membuang bintang Rafael van der Vaart, Dirk Kuyt, Johnny Heitinga dan Klaas-Jan Huntelaar daripada skuad antarabangsa. Legenda Belanda iaitu Gullit, yang merupakan juara Eropah pada tahun 1998 dikemukakan sebagai individu yang layak untuk menaikkan kecemerlangan finalis Piala Dunia 2010 untuk Brazil 2014. Bekas jurulatih Chelsea dan Newcastle yang berusia 49 tahun itu merupakan pengalaman di stesen televisyen tetapi bersedia untuk kembali menguruskan pasukan bola sepak.

Sedikit info tentang Ruud Gullit. Beliau lahir di Amsterdam, Belanda pada 1 September 1962. Gullit merupakan pemain bolasepak Belanda yang ternama. Gandingannya bersama Marco van Basten dan Frank Rijkaard telah berjaya meletakkan Belanda sebagai Juara Eropah pada tahun 1988. Gullit pernah mewakili kelab-kelab ternama dunia seperti PSV Eindhoven, Sampdoria, AC MIlan, Chelsea dan beberapa kelab lain lagi. Ruud Gullit juga peernah menjadi jurulatih bagi Chelsea, Newcastle United, Feyenoord Rotterdam dan sekarang bertindak selaku jurulatih bagi kelab Los Angeles Galaxy.

RUUD GULLIT BAKAL JURULATIH BELANDA
ikuti berita semasa di mstar dan ikutlah kata denaihati hidup untuk memberi

Post By puteraduyong (2,739 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment