Bicara Hati Si Putera Duyong

SAIFUL APEK BEBAS DADAH

saiful apek bebas dadah

SAIFUL APEK TERLEPAS HUKUMAN

SAIFUL APEK BEBAS DADAH

saiful apek bebas dadah
terlepas sudah dari hukuman
berjaya timbulkan keraguan
di kamar mahkamah dunia fana
semoga saiful apek terus bebas
tiada lagi kait mengait
dengan isu najis dadah
yang ternyata merosakkan diri
yang ternyata memusnahkan karier
yang ternyata tidak disukai
dadah musuh utama negara
usah biarkan diri dibelenggu
saiful apek bebas dadah
bersalah atau tidak si apek
terlibat atau tidak si apek
hanya saiful apek yang tahu
namun tuhan tetap Maha Tahu
jika apek tidak bersalah
alhamdulillah

SAIFUL APEK BEBAS DADAH
Dadah : Saiful Apek & Tiga Rakan Terlepas Hukuman

PETALING JAYA: Pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama tiga rakannya dibebas dan dilepaskan tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka dua tahun lalu. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat percanggahan terhadap bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Ahmad Solihin berkata, percanggahan material iaitu sampel air kencing yang diambil daripada kesemua tertuduh dan disimpan terlalu lama telah menimbulkan keraguan dalam membuktikan mereka bersalah.

Tambahnya, percanggahan tarikh spesimen yang diambil itu juga telah melemahkan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa raya. “Kelewatan ujian air kencing yang dilakukan dan percanggahan tarikh spesimen itu diambil selain beberapa faktor lain seperti kewujudan dua borang permohonan untuk melakukan ujian saringan dadah dan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti lain telah menjadikan kes ini lemah,” ujarnya. Keempat-empat tertuduh diwakili oleh peguam Mohd Fadli Hashim sementara pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.

Terdahulu, Ahmad Ishrakh memberitahu mahkamah berdasarkan keseluruhan keterangan saksi-saksi, pihaknya berjaya membuktikan bahawa kesemua tertuduh telah menggunakan dadah berbahaya kerana mereka disahkan positif kanabis menerusi hasil ujian pengesahan dadah yang dibuat terhadap sampel air kencing masing-masing. Beliau berkata biarpun terdapat kesilapan penandaan tarikh pemungutan sampel pada label botol Saiful Apek dan Noremy, penjelasan sewajarnya telah diberi saksi pendakwaan kedua Sarjan M. Sanggar yang mengakui silap menulis tarikh pada botol berkenaan iaitu 12.9.2010 berbanding tarikh sebenar 12.6.10, yang mana kesilapan itu disedari saksi tersebut ketika memberi keterangan di mahkamah.

SAIFUL APEK BEBAS DADAH
ikuti kisah semasa di mstar dan hiduplah untuk memberi seperti kata Denaihati

Post By puteraduyong (2,749 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment