SIKAP BIADAP PELAWAK MUDA
sikap biadap pelawak muda
terkadang begitu peningkan kepala
dengan lawak yang terkadang melampau
melangkau ke batas tiada patut
menjangkau ke ruang celah kelambu
melewati sempadan penuh celaru
ingatlah wahai kamu semua
kita manusia makhluk ciptaan hebat
punya akal punya fikiran hebat
punya lagak punya aksi hebat
usah salahgunakan kehebatan itu
bimbang kamu tersungkur nanti
tiada lagi siapa peduli
sikap biadap pelawak muda
hormatilah siapa lebih tua
hormatilah juga siapa lebih muda
kerna ternyata di sisi tuhan
kita dan mereka sama sahaja
yang berbeza cuma amalan
jadi usah biadap sangat
bersederhanalah…
SIKAP BIADAP PELAWAK MUDA
Ebby Yus Enggan Tegur Sikap Biadap Pelawak Muda
KUALA LUMPUR: Pelawak Ebby Yus mengambil pendekatan untuk tidak menegur sikap biadap segelintir pelawak baru terhadap artis lama walaupun dia berasa terkilan dengan keadaan itu. Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, berkata dia tidak mahu menegur sikap negatif tersebut kerana golongan itu sudah dewasa dan boleh berfikir sendiri mengenai tindak-tanduk mereka. “Saya perhatikan ada segelintir pelawak muda yang bersikap biadap dan memandang remeh pada golongan artis lama kerana beranggapan mereka sudah hebat dan popular. Bagi saya, aspek adab dan tatasusila patut ada pada setiap individu.
“Ketika saya atau artis-artis senior lain baru mula bertapak dalam bidang seni dulu, kami sangat menghormati artis yang lebih senior daripada kami. Sayangnya, perkara itu tidak dimiliki segelintir artis muda. “Tidak perlulah saya tegur mereka apabila bersikap begitu di depan orang lain kerana masing-masing sudah besar dan boleh berfikir sendiri,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Ditanya adakah sikap negatif artis pelapis itu berpunca daripada layanan dan keutamaan stesen televisyen dan penerbit yang ‘memanjakan’ mereka, Ebby Yus berkata dia menyedari perkara tersebut tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menyesuaikan diri dengan keadaan.
“Sikap dwistandard antara artis lama dan baru oleh stesen televisyen dan penerbit adalah lumrah dalam budaya dunia hiburan tanah air. Soal artis baru menjadi besar kepala kerana dimuakan bergantung kepada individu itu sendiri tetapi tidak semua bersikap begitu.
SIKAP BIADAP PELAWAK MUDA
ikuti berita semasa di mstar dan hiduplah untuk memberi seperti kata denaihati










