Bicara Hati Si Putera Duyong

TAIYUDDIN TIDAK BERDISIPLIN

taiyuddin tidak berdisiplin

TAIYUDDIN

TAIYUDDIN TIDAK BERDISIPLIN

taiyuddin tidak berdisiplin
benarkah agaknya begitu lagaknya
cuba selidik dahulu apa isi
usah diluah tanpa usul periksa
cuba tanya si empunya diri
apakah benar segala tindaknya
apakah betul apa diperkata
atau hanya mainan mereka sahaja
mainan si pereka cerita hangat
mahu menangguk di air keruh
mahu lihat jatuhnya orang
mahu lihat derita orang
lagak si pembawa onar bisa
mencucuk segala dalam diam
menikam curi dari belakang
jadi pengikut si pitung
taiyuddin tidak berdisiplin
tidak benar itu semua
apa celop

TAIYUDDIN TIDAK BERDISIPLIN
Taiyuddin Tepis Tuduhan Tidak Berdisiplin

PETALING JAYA: Pelakon Taiyuddin menjelaskan tuduhan mengatakan dia mula berani menunjukkan kelakuan buruknya dengan tidak memberi komitmen serta semakin tidak berdisiplin dalam kerja-kerja lakonan adalah tidak benar. Taiyuddin atau nama sebenarnya, Sallehuddin Abu Bakar, 29, berkata, sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, dia seboleh-bolehnya menjaga reputasi diri sebagai seorang pelakon. “Bukan mudah untuk seseorang itu mencapai kejayaan dan apabila kedudukan saya sebagai pelakon semakin selesa, hal ini pula yang terjadi.

“Tuduhan saya tidak berdisiplin adalah tidak benar kerana saya begitu komited dalam hal-hal kerja. Dalam industri lakonan, kita bukannya bekerja secara individu, sebaliknya berkumpulan. Jika seorang buat perangai, maka kerja pun tak boleh nak diteruskan,” katanya. Baru-baru ini, dakwaan mengenai kelakuan Taiyuddin yang semakin tidak berdisiplin sejak namanya popular mula tersebar di laman forum hiburan tempatan termasuklah di ruangan pojok beberapa akhbar. Bagaimanapun, tambah pelakon filem Hantu Bonceng itu, dia mengakui akan berkelakuan sebegitu apabila perasaan marah terhadap sesuatu perkara tidak dapat dipendam lebih-lebih lagi apabila kerja-kerja yang dilakukan dipertikai tanpa sebab.

“Saya seorang yang tak pandai nak marah-marah orang, dan biasanya lebih senang pendam perasaan jika ada perkara yang membuatkan saya tidak puas hati. “Apabila perkara itu berlarutan, maka saya akan mengambil pendekatan untuk memberontak dimana saya akan buat perangai seperti lewat hadir ke promosi filem contohnya atau tidak memberikan komitmen sepenuhnya dalam sesebuah kerja,” tuturnya. Sementara itu, lakonan Taiyuddin dapat disaksikan menerusi tayangan filem Mael Lambong arahan Ahmad Idham bermula 21 Jun 2012. Mael Lambong mengisahkan tentang Mail Lambong (Zizan), seorang penarik kereta profesional terjebak dengan sebuah komplot apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) secara tidak sengaja.

TAIYUDDIN TIDAK BERDISIPLIN
ikuti kisah semasa di mstar dan hiduplah untuk memberi seperti kata denaihati

Post By puteraduyong (2,749 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment