Bicara Hati Si Putera Duyong

TASHA SHILA ANZALNA NEELOFA BERGADUH

tasha shila anzalna neelofa bergaduh

TASHA SHILA, NEELOFA DAN ANZALNA

TASHA SHILA ANZALNA NEELOFA BERGADUH

tasha shila anzalna neelofa bergaduh
untuk apa agaknya semua itu
selesaikan sebaiknya apa tercuit
selesaikan penuh kebaikan
letakkan hak pada yang berhak
teliti setulusnya hati sesama
buangkan segala yang keruh
ambillah segala yang jernihnya
kita kan manusia biasa sahaja
namun penuh dengan keunikan sendiri
kita kan manusia punya rasa
senyum tak perlu kata apa apa

TASHA SHILA ANZALNA NEELOFA BERGADUH
Tasha Shila, Anzalna & Neelofa Terima Padah Jika Terus Bergaduh

PETALING JAYA: Sikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan. “Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’.

“Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin. “Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan. Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial. Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

TASHA SHILA ANZALNA NEELOFA BERGADUH
ikuti kisah di mstar dan hiduplah untuk memberi bak kata Denaihati

Post By puteraduyong (2,733 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment