UNISEL GUNA ASET HARTANAH RM30 JUTA BANTU PELAJAR
unisel guna aset hartanah RM30 juta bantu pelajar
apakah cukup agaknya nilai RM30 juta
mahu membantu semua pelajar teraniaya
cukupkah untuk mereka selama sebulan
cukupkah untuk mereka selama setahun
cukupkah untuk mereka selama tiga tahun
cukupkah hingga tamat pengajian nanti
namun itu hanya untuk jangka pendek
masa mendatang tiada siapa yang tahu
perjudikan sahaja nasib mereka
mana tahu untung sabut timbul
mana tahu untung batu tenggelam
unisel guna aset hartanah RM30 juta bantu pelajar
bukalah mata mata kamu wahai cerdik pandai
yang bertaburan melata di bumi bertuah
bumi tempat keagungan melayu sejati
bumi penuh adat istiadat disanjung tinggi
bumi penuh semangat perpaduan erat
mengapa harus bergolok bergadai
kita kan di bumi bertuah
untuk siapa lagi tuah itu
kalau bukan untuk kita semua
untuk generasi kita
selesaikan sebaiknya
wahai kamu dan kamu
kamu pasti tahu
UNISEL GUNA ASET HARTANAH RM30 JUTA BANTU PELAJAR
Unisel Guna Aset Hartanah Bantu Pelajar – MB
PETALING JAYA: Universiti Selangor (Unisel) akan menggunakan aset hartanah bernilai RM30 juta bagi membantu pelajarnya meneruskan pengajian selepas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membeku pemberian pinjaman kepada pelajar universiti itu. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, aset hartanah seluas 500 ekar yang akan digunakan bagi tujuan berkenaan diperolehi hasil daripada penyusunan semula hutang Talam Corporation.
“Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. “Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis. PTPTN dilaporkan telah membekukan pinjaman membabitkan pelajar baru Unisel bertujuan memberi peluang kepada pembangkang membuktikan mereka mampu memberi pendidikan percuma di negeri itu. Pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini. Mengulas lanjut Abdul Khalid bagaimanapun berkata, langkah berkenaan merupakan tindakan jangka pendek sebelum Unisel memperincikan bantuan lain kepada pelajar pusat pendidikan tinggi itu. “Bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. “Unisel akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat,” katanya.
UNISEL GUNA ASET HARTANAH RM30 JUTA BANTU PELAJAR
sumber : mstar










