BILA ABBY ABADI MULA BERKATA
Bila Abby Abadi Mula Berkata
Kenyataan Abby Abadi Akan Dapat Tempat Jika BN Tumbang Diselar Peminat
Tindakan pelakon Abby Abadi yang mendakwa artis bertudung sepertinya hanya akan mendapat tempat dalam industri hiburan apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum akan datang mengundang reaksi negatif daripada kalangan peminat.
Mereka berpendapat, kenyataan Abby yang baru “berhijrah” itu sebagai cetek pengetahuan selain tiada kewajaran untuk dia mencampuradukkan urusan agama dengan politik sekiranya mahu bergelar Muslim sejati. Komen pembaca yang disiarkan oleh portal rotikaya.com antara lain meminta pelakon Gerak Khas itu supaya berhati-hati ketika memberi kenyataan terutama yang berkaitan agama walaupun penghijrahan yang dilakukannya itu adalah langkah yang baik.
Peminat pelakon itu, Suzana Salleh turut meminta Abby supaya tidak taksub dengan politik kerana agama Islam itu bukanlah parti PAS yang disertainya sekarang. Artikel mengenai Abby yang disiarkan The Malaysia Insider pada Rabu lalu. “Jangan terlalu taksub dengan politik. Jika ikutkan, orang perempuan langsung tidak boleh terlibat dalam lakonan apatah lagi nyanyian,” katanya.
BILA ABBY ABADI MULA BERKATA
ikuti kisah semasa di mstar dan jadikan hidup biar sedap seperti kata kakjie











soldier July 27, 2012 at 9:04 am
hahaha…kelakar la ABBY ni…baru masuk PAS,dh pandai buat komen yg pelik2…maklum la,ustazah segera la kata ko…huahuahua…ko tu dh x laku dh org nk amik berlakon…jgn nk salahkan tudung plak…diana amir tu rilek je…hahahaha…
puteraduyong July 27, 2012 at 10:37 am
bertambah sket popular kan…
najmi July 27, 2012 at 2:36 pm
niat tu dah betul tapi caranya salah.