Bicara Hati Si Putera Duyong

FAZURINA BANTU ARTIS BERTUDUNG

fazurina bantu artis bertudung

FAZURINA

FAZURINA BANTU ARTIS BERTUDUNG

fazurina bantu artis bertudung
siapa lagi mahu bantu mereka
jika tidak sesama rakan taulan
yang punya hati tulus suci
yang ikhlas curahkan bakti
buat kemajuan seluruh industri
tika mereka tersisih sepi
lantaran kerna perubahan diri
maka harus ada yang tampil
memimpin tangan menuju hadapan
agar tidak mereka dipukul ombak
hanyut pergi entah ke mana
tanpa tujuan destinasi pasti
fazurina bantu artis bertudung
tahniah buat kamu fazurina
ada isinya
bernas …

FAZURINA BANTU ARTIS BERTUDUNG
Artis Bertudung Bernasib Baik Kerana Fazurina

PETALING JAYA: Pelakon yang kini bergelar penerbit, Fazurina berhasrat membantu pelakon wanita yang bertudung untuk berlakon di bawah syarikat penerbitannya iaitu Tripix Studios Sdn Bhd. Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 30, berkata, hasrat itu timbul apabila melihat banyak produksi yang enggan mengambil pelakon wanita sekiranya mereka bertudung untuk berlakon dalam produksi mereka.

“Saya sendiri sudah bertudung dan merasai tempias produksi tidak berani untuk mengambil pelakon bertudung seperti saya. Bagaimanapun bukan semua yang berbuat demikian. “Menerusi syarikat produksi ini, saya boleh membantu artis wanita bertudung lain dari segi tawaran berlakon melalui projek-projek yang sedang saya usahakan, Insya-Allah,” ujarnya kepada mStar Online. Tambah Fazurina, syarikat produksi yang baru ditubuhkan sejak awal tahun lalu turut mendapat kerjasama daripada rakan kongsi iaitu Hykal Zulkifli.

Bercerita lanjut mengenai Tripix Studios, Fazurina menjelaskan dia telah lama memasang hasrat untuk bergelar penerbit dan memiliki syarikat produksi sendiri dan bersyukur impian itu tercapai. Dalam pada itu, Fazurina berkata, syarikat produksinya itu bakal muncul dengan projek pertama iaitu sebuah drama bersiri berjudul Hana untuk siaran RTM. Katanya, drama yang mendapat sentuhan pengarah Zulkifli M. Osman itu bakal membariskan pelakon seperti Syed Ali, Tunku Anis, Yuswaizar, Liza Abdullah, Afida Es yang akan memulakan penggambaran di Alor Setar, Kedah pada hujung bulan ini. “Saya sangat mengagumi kredibiliti Zulkifli sebagai seorang pengarah dalam merealisasikan skrip yang berat kepada sebuah drama.

Sementara itu, Fazurina memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran musim terbaru drama Trilogi Cinta untuk RTM sebanyak 40 episod yang akan ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Selain itu, filem Baik Giler gandingannya bersama Zizan Razak dan Awie bakal menjengah pawagam pada 28 Jun manakala filem Hantu Bukit Cina bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

FAZURINA BANTU ARTIS BERTUDUNG
ikuti kisah semasa di mstar dan hidupkan untuk memberi kata denaihati

Post By puteraduyong (2,740 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment