KUMPULAN ARTIS BEBAL DAN TOLOL
kumpulan artis bebal dan tolol
nampak kasar sahaja bunyi
namun itulah hakikat sebenarnya
yang terlontar dari mulut halus
dari mulut insan seni penuh tulus
meluahkan ketidakpuasan hati
pada segelintir artis muda
yang dirasakan sangat ego
rasakan diri mereka hebat
walau hakikatnya tidak seberapa
kumpulan artis bebal dan tolol
sudah tiada rasa hormat
sudah tiada rasa semangat
jati diri terhancur lumat
luluh hati bagai disiat
ingat kamu artis diluar sana
ingatlah putaran roda hidup
kali ini kamu gah di atas
esok lusa kamu di bawah pula
itulah lumrah kehidupan
harus kamu jadi bijak
bukannya bebal dan tolol …
KUMPULAN ARTIS BEBAL DAN TOLOL
Artis-Artis ‘Bebal’ Tidak Peka Di Majlis Seni
“SUDAH la tolol, bebal pula tu!” Adoiiii… bisa betul bunyi ayat tu. Gegendang telinga saya ni macam nak pecah apabila terdengar kata-kata itu dikeluarkan oleh seorang artis senior kepada saya. Luahan rasa tidak senang itu berlaku pada Hari Himpunan Bintang MyIPO KOSMO! 2012 yang berlangsung di Hotel Renaissance, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 25 Jun lalu. Majlis berkenaan bertujuan untuk memperjelaskan kepada para artis mengenai Akta Hak Cipta 1987 yang telah diluluskan di Parlimen pada 22 Disember tahun lalu yang antara lain bertujuan untuk membela nasib golongan berkenaan.
Tapi sayang sekali, dalam majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang penggiat seni itu ada segelintir yang tergolong dalam kumpulan “bebal” dan “tolol” ini. Sebab itulah artis senior ini benar-benar naik angin. Kisahnya macam ini! Majlis itu diadakan sememangnya untuk mereka. Jadi, golongan ini seharusnya memberi tumpuan yang mendalam. Mereka wajar bertanya apa-apa juga soalan jika tidak faham. Tapi sayang sejuta kali sayang, ketika menteri dan pihak-pihak berkenaan sedang berucap, suku daripada dewan itu menjadi kosong.
Sebabnya artis-artis bebal ini sudah keluar dewan. Kebanyakannya pergi menghisap rokok sambil berborak-borak di luar. Ada pula yang bergelak-ketawa, bertepuk bertampar seolah-olah pada majlis jamuan Hari Raya. Mereka tidak memberi perhatian pun terhadap apa yang diperkatakan dalam dewan itu. Inikah sikap yang bagus? Artis-artis seperti inilah dinamakan tolol. Dan tak salah untuk seorang pelakon senior tadi merungut sedemikian. Perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa jika ada perhimpunan ilmiah seperti ini. Mereka (bukan semua) sukar untuk memberi kerjasama sedangkan majlis itu untuk menentukan masa depan hari tua mereka dalam bidang seni.
KUMPULAN ARTIS BEBAL DAN TOLOL
ikuti kisah semasa di mstar dan hidupkan untuk memberi seperti kata denaihati










