NAMEWEE DAN HANTU GANGSTER
Namewee dan Hantu Gangster
Namewee Tidak Angkat Isu Gengsterisme
Pengarah dan pelakon kontroversi Namewee berkata tema gengsterisme dalam filem terbarunya Hantu Gangster bukan bertujuan memartabatkan elemen negatif itu tetapi hanya kiasan kepada mesej perpaduan kaum di negara ini. Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 29, berkata tema tersebut tidak buruk dan teruk seperti pandangan umum jika ia dinilai pada sisi berbeza kerana ia adalah simbolik kepada kelangsungan hidup manusia.
Barisan pelakon Hantu Gangster adalah Abu Bakar Assiddiq, Mizz Nina, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Farid Kamil, Amber Chia, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk David Arumugam dan Dennis Lau. Beliau berharap filem ini diterima baik apabila ditayangkan bermula 9 Ogos depan. Hantu Gangster yang berlatarkan bandar Klang, Selangor pada era 1990-an mengisahkan perbalahan tiga kumpulan samseng daripada tiga kaum berbeza. Tiga kumpulan ini yang hidup harmoni dan saling menghormati pada zaman bapa mereka bertukar menjadi musuh pada era anak masing-masing kerana konflik dan kepentingan peribadi.
Hantu Gangster terbitan Prodigee Media Entertainment dan bakal ditayangkan pada 9 Ogos depan bersempena bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Raya.
NAMEWEE DAN HANTU GANGSTER
ikuti kisah semasa di mstar dan jadikan hidup biar sedap seperti kata kakjie










