Bicara Hati Si Putera Duyong

PENUNTUT USM PALSU IJAZAH

penuntut USM palsu ijazah

USM – Universiti Sains Malaysia

PENUNTUT USM PALSU IJAZAH

penuntut USM palsu ijazah
mengapa harus jadi sedemikian rupa
mengapa harus malukan diri sendiri
mengapa harus malukan sanak saudara
mengapa harus malukan warga USM
palitkan lumpur merata tempat
bikin malu warga setempat
mana agaknya letak akal bijak
mengapa harus letak di lutut
apakah tidak ada tempat lain
mengapa harus bertindak melulu
otak dan akal langsung terlupa
timbalan akal waras sudah tiada
penuntut USM palsu ijazah
sanggup kamu lakukan sebegitu
pada nilai tinggi sebuah pengetahuan
pada ilmu yang kau cari
pada ilmu yang kamu sanjung
demi mengubah nasibnya diri
demi mengubah pandangan keliling
demi mengubah kemajuan negara
akhirnya kamu rosakkan segala
kamu letakkan semuanya di bawah
angkara siapa agaknya
apakah ia angkara nafsu bisu
yang senantiasa berbisik merdu
atau juga angkara syaitan durjana
yang senantiasa menghasut kamu
dalam sedar dalam mimpi tidurmu
penuntut USM palsu ijazah
belajarlah dari kesilapan lalu
usah ulanginya kemudian hari
kelak kamu rugi sendiri
jika di sini kamu terlepas
apakah di sana nanti kamu bisa lepas
Allah itu wujud
percayalah …

PENUNTUT USM PALSU IJAZAH
Tiga Penuntut USM Ditahan Bantu Kes Palsu Ijazah

GEORGE TOWN: Tiga penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan ijazah universiti berkenaan. Jurucakap polis bekata dua penuntut wanita dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditahan dalam operasi khas polis di Kampar, Perak malam tadi. “Hasil laporan polis oleh pihak pengurusan USM awal bulan lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan anggota sindiket pemalsuan ijazah itu,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa peralatan komputer yang dipercayai diguna untuk menghasilkan ijazah palsu itu. Siasatan awal mendapati mereka mengeluarkan sijil akademik palsu iaitu Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari USM dan dipercayai menjualnya dengan harga tertentu, katanya. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata ketiga-tiga penuntut terbabit kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membantu siasatan.

PENUNTUT USM PALSU IJAZAH
ikuti kisah semasa di mstar dan hiduplah untuk memberi seperti kata denaihati

Post By puteraduyong (2,738 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment