ALLY ISKANDAR SEDIA TIMANG ANAK
Ally Iskandar Sedia Timang Anak Selepas Isteri Tamat Belajar
Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi hanya akan sedia menimang cahaya mata selepas isterinya iaitu Nurfarahin Romli atau Farah Lee tamat pengajiannya di luar negara. Ally, 36, berkata, dia tidak mahu tumpuan isterinya yang sedang menuntut dalam bidang keputeraan mekanikal di Universiti In Ha, Korea Selatan itu terganggu tambahan pula mereka berjauhan.
“Buat masa ini kami memang merancang dan membiarkan isteri tamat pengajian terlebih dahulu sebelum membina keluarga. Bukan apa kami berdua berjauhan dan jika dia mengandung tiada siapa pula yang dapat tengok dia di Korea,” ujarnya kepada mStar Online. Ally berkata, Farah Lee masih mempunyai baki satu semester dan dijangka akan menamatkan pengajiannya pada penghujung tahun ini.
Dalam pada itu, Ally berkata, dia tidak berasa kekok terpaksa tinggal bersendirian di Kuala Lumpur kerana sepanjang ketiadaan isteri dia akan menyibukkan diri dengan kerja. Ally memberitahu, isterinya akan kembali ke tanah air pada setiap kali cuti semester dan ada kalanya Ally sendiri akan terbang ke negara itu untuk bertemu Farah Lee. Ally dan Farah Lee akan menyambut lebaran di Kuala Terengganu, Terengganu selama seminggu.
ALLY ISKANDAR SEDIA TIMANG ANAK
ikuti kisah semasa di mstar dan hidupkan untuk memberi seperti kata denaihati










