BILA SUKI SAMAN GALAXY MUSIC
Bila Suki Saman Galaxy Music
Saman Galaxy Music, Suki Menang Lebih RM367 Ribu
Bekas juara One In A Million (OIAM), Suki Low berjaya memenangi kes tuntutan terhadap syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd. atas dakwaan melanggar perjanjian selepas Mahkamah Tinggi di sini membuat keputusan pada Khamis. Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim mengarahkan Galaxy Music mengembalikan jumlah wang sebanyak RM367,575.17 dan membatalkan kontrak perjanjian sebagai pihak pengurusan penyanyi tersebut.
Syarikat tersebut turut diperintah untuk membayar RM30,000 kepada Suki sebagai kos guaman. Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, mula dikenali selepas kemenangannya dalam OIAM ketika usianya 16 tahun. Dia telah menandatangani kontrak untuk menjadi artis naungan Galaxy Music pada usia 19 tahun. Mahkamah pada Khamis mendapati Galaxy mempunyai keupayaan untuk mempromosikan Suki sebagai artis antarabangsa selain mempunyai pilihan untuk menerbitkan serta mengedarkan album antarabangsanya.
Bagaimanapun mahkamah dalam kes berkenaan mendapati tindakan tersebut tidak dilakukan dan Galaxy yang hanya mampu menempatkan Suki dalam sebuah siri Taiwan. Suki yang diwakili peguam Ong Yu Jian telah memfailkan saman terhadap Galaxy Music kerana melanggar perjanjian pada 7 Disember 2011.
BILA SUKI SAMAN GALAXY MUSIC
ikuti kisah semasa di mstar dan hidupkan untuk memberi seperti kata denaihati










