BUNKFACE MASUK LAPAN UNIVERSITI
Bunkface Masuk Lapan Universiti
Bunkface Mahu Pikat Pelajar Di Lapan Buah Universiti
Kumpulan Bunkface mengambil pendekatan baru dengan menjelajah lapan buah universiti seluruh negara sebagai strategi promosi album kedua mereka Bunk Not Dead yang akan dipasarkan dalam masa terdekat. Vokalisnya Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam berkata, strategi itu dirasakan paling efektif pada waktu ini memandangkan majoriti pembeli album artis pada hari ini terdiri daripada golongan pelajar.
“Berdasarkan respons dan cerita rakan-rakan kumpulan muzik lain ketika mereka berkunjung ke universiti sebelum ini, ternyata kelompok pelajar masih menyokong dan membeli album artis tempatan. “Maka, kami cuba formula itu dengan mengadakan jelajah promosi di lapan universiti di seluruh Malaysia selepas Hari Raya nanti,” katanya ketika ditemui mStar Online.
Katanya, susulan daripada jelajah promosi itu, Bunkface turut merancang untuk terbang ke Indonesia bagi sebuah projek kolaborasi dengan syarikat rakaman di sana pada awal tahun depan. “Urusan promosi dan projek istimewa itu masih dalam peringkat perbincangan dan ia mungkin bermula pada awal tahun depan. “Insya-Allah dalam projek khas itu nanti dua artis Malaysia iaitu Bunkface dan Amy Search akan ke sana untuk bergabung dengan dua artis Indonesia,” katanya.
BUNKFACE MASUK LAPAN UNIVERSITI
ikuti kisah semasa di mstar dan ingatlah bahawa hidupkan untuk memberi seperti kata denaihati











Poppy Pyppy August 17, 2012 at 2:09 am
Aku cuma nak gitao………..
Aku memang tak minat bangfes…hehehe
puteraduyong August 17, 2012 at 3:31 am
hehe… kita mesti ade minat masing2 kan…