CHONG WEI WONG MEW CHOO LIN DAN XIE XINFANG KAHWIN
Chong Wei Wong Mew Choo Lin Dan Xie Xinfang Kahwin
Chong Wei Bakal Kahwini Wong Mew Choo Tahun Depan
Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara, Wong Mew Choo, tahun depan. Pemenang pingat perak Olimpik London itu berkata, beliau kini bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001 ketika mereka bersama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.
Bagaimanapun, Chong Wei enggan menyatakan tarikh atau tempat yang dipilih untuk meraikan majlis bersejarah itu memandangkan semuanya masih dalam perancangan. “Mungkin saya akan mengundur diri tahun depan kerana pertandingan penting sudah berakhir dan mula merancang memandangkan saya bukan lagi muda,” katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun hadapan, bagaimanapun ketika itu beliau tidak mengumumkan wanita pilihannya. Menurutnya, beliau tidak mahu kisah cintanya itu dipandang negatif sehinggamengganggu fokus dan persiapan beliau ke Olimpik London.
Dalam perkembangan lain, musuh tradisi atlet itu, pemain perseorangan nombor satu dunia Lin Dan dari China juga dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan bekas perseorangan wanita republik itu, Xie Xinfang bulan depan.
CHONG WEI WONG MEW CHOO LIN DAN XIE XINFANG KAHWIN
ikuti kisah semasa di mstar dan hidupkan untuk memberi seperti kata denaihati











spell August 28, 2012 at 10:38 pm
wishing them happy marriage
puteraduyong August 28, 2012 at 11:38 pm
we all hope so…