HARI RAYA MEMANG SERONOK
Hari Raya Memang Seronok
Hari raya itu sebenarnya hari yang amat besar nilainya, iaitu hari kemenangan bagi mereka yang berjaya sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan. Allah janjikan sehari untuk hambaNya itu untuk bersuka ria dengan hidangan makanan yang enak menyelirakan sebagai menjamu selera selepas tiga puluh hari berpuasa. Dan jika ada seorang berpuasa pada hari kemenangan berpuasa maka Allah berikan amaran agar haram baginya berpuasa kerana perlunya bergembira dengan memakan hidangan lazat di hari raya.
Sungguh seronok sebenarnya di hari raya, selain dapat menikmati pelbagai juadah, kita dapat bersemuka dengan sanak saudara dari jauh dan dekat, jiran dan sahabat taulan. Apalagi jika menambah seri dengan pakaian baru yang berwarna-warni. Salam dihulur dan saling bertukar senyum mengucapkan “Selamat hari Raya & Maaf Zahir Batin”. Apabila menyajikan juadah, di sajikan dengan pelbagai cara kita, jelas terpancar keceriaan di wajah kita. Jelas memberikan rasa bahagia dengan pertemuan aidifitri yang mulia.
HARI RAYA MEMANG SERONOK
jadikan hidup biar sedap seperti kata kakjie










