ISU AIR SELANGOR ADAKAH IA SUATU KONSPIRASI
Isu Air Selangor Adakah Ia Suatu Konspirasi
MB Selangor Bimbang Isu Air Jadi Punca Rakyat Tolak Kerajaan PKR – GPRS
Kerajaan Selangor pimpinan pembangkang menjadikan masalah air sebagai isu politik kerana bimbang rakyat sedar Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim sebenarnya gagal menangani isu itu sejak tiga tahun lepas, kata Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan.
Beliau berkata, oleh kerana masalah itu kini semakin kritikal sehingga menyebabkan selatan Selangor terputus bekalan air, kerajaan pembangkang mendakwa bahawa kerajaan persekutuan berkonspirasi dengan Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), yang menjadi syarikat pengendali rawatan air.
“Saya lihat kerana isu air ini tidak berjaya ditangani dengan baik maka rakyat akan buka mata. Jadi kerana itu kerajaan negeri berdolak-dalik dan kambing hitamkan pihak-pihak lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat loji pembekalan air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat bersama pemimpin setempat di kawasan selatan Selangor pada Khamis.
ISU AIR SELANGOR ADAKAH IA SUATU KONSPIRASI
Jika wujudnya konspirasi sila hentikan segera, kerana kasihan warga rakyat yang menderita. Sila selesaikan sebaiknya untuk kesejahteraan semua pihak.
ikuti kisah semasa di mstar dan jadikan hidup biar sedap seperti kata kakjie










